'Khidmat sebagai Konstabel Khas Sukarela bantu bina peribadi saya'
Premium
'Khidmat sebagai Konstabel Khas Sukarela bantu bina peribadi saya'
Sempena ulang tahun ke-75 Konstabel Khas Sukarela (VSC) pada 1 Oktober, BERITA MINGGU meninjau dua relawan yang telah meluangkan masa demi membantu masyarakat dan rakyat Singapura. VSC adalah sebuah program di mana rakyat umum boleh tampil sebagai relawan dan boleh dikerahkan kepada antara tujuh unit di bawah Pasukan Polis Singapura (SPF).
Nov 8, 2021 | 5:30 AM

MINAT BIDANG KERJA POLIS SEJAK KECIL: Menurut Cik Nurul Jannah,menjadi pegawai Konstabel Khas Sukarela (VSC) memberinya peluang menyumbang khidmat bagi membantu masyarakat sekeliling dan pada masa yang sama mengejar kerjayanya. - Foto-foto SPF -
SEAKAN masih terhidu lagi bau mayat yang terlantar seorang diri di dalam sebuah flat di Telok Blangah.
Pada waktu itu Sarjan Kedua Nurul Jannah Ahmad perlu menangani kes seorang warga yang didapati sudah meninggal dunia beberapa hari seorang diri di dalam flatnya.

