Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Khutbah: Sebesar mana kesalahan, dosa, pintu taubat sentiasa terbuka

Khutbah Jumaat mengingatkan: Sokongan dan doa ibu bapa tidak mencukupi jika anak tidak berusaha mencapai kebaikan * Dalam mengharungi kehidupan duniawi serba mencabar, tiada siapa terselamat dari lakukan kesilapan * Apabila seseorang melakukan perbuatan haram, ia tidak mengeluarkannya dari Islam.
Aug 13, 2022 | 05:30 AM



"KITA masih lagi dalam bulan suci Muharam.



Bulan yang dikaitkan dengan hijrah Rasulullah saw.



Hijrah kita pada hari ini pula adalah hijrah untuk menjadi mukmin yang bertakwa, lebih baik, lebih cantik budi pekerti dan akhlaknya.



Khutbah minggu lepas mengingatkan kita mengenai tanggungjawab dalam menyebarkan kebaikan kepada seluruh ahli keluarga.



Hubungan kekeluargaan yang erat dan penuh rahmah akan membentuk sifat-sifat yang positif.



Dengan sifat-sifat yang positif itu, ia dapat membantu anggota keluarga, khususnya anak-anak dalam menilai kebaikan dan keburukan.



Namun, sekuat mana sokongan ahli keluarga dalam membentuk peribadi yang baik, ia memerlukan usaha dari setiap individu untuk mencapai kebaikan.



Sokongan dan doa ibu dan ayah tidak mencukupi jika anak-anak tidak mahu berusaha untuk mencapai kebaikan bagi diri mereka sendiri.



Dalam mengharungi kehidupan duniawi yang serba mencabar, tiada siapa yang terselamat dari melakukan kesilapan.



Ini jelas disebutkan oleh Nabi saw yang bermaksud, "Setiap anak Adam melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah mereka yang bertaubat." (Hadis riwayat Imam al-Hakim)



Setiap kita perlu ingat akan tanggungjawab masing-masing memelihara diri dari anasir yang buruk. Tetapi adakalanya kita tergelincir dalam kancah kemungkaran.



Agama juga telah meletak batasan-batasan yang jelas.



Tanggungjawab kita adalah berusaha mengikuti perintah Allah dalam menjauhi dan mengelakkan batasan-batasan tersebut.



Ini termasuk melakukan dosa seperti melakukan hubungan kelamin di luar pernikahan sama ada dengan lain jenis mahupun yang sama jenis seperti yang didengari hari ini.



Justeru, apakah langkah seterusnya bagi mereka yang telah melakukan kemungkaran?



Adakah tiada peluang untuk kembali ke pangkal jalan atau teruskan bergelumang dalam kemungkaran?



Pernah suatu ketika, seorang pemuda mendatangi Rasulullah saw, meminta izin baginya untuk berzina.



Para sahabat yang ada ketika itu mula mengherdiknya.



Rasulullah saw lantas mengarahkan pemuda itu mendekatinya lalu bersabda, "Adakah kamu reda perbuatan itu terhadap ibu, anak perempuan, kakak, dan makcik kamu?



Pemuda itu menjawab, "Tidak ya Rasulullah." Sabda Rasulullah saw:



"Begitulah juga orang lain tidak reda kamu melakukan zina terhadap ahli keluarga mereka."



Lalu Rasulullah saw meletakkan tangannya ke dada pemuda itu dan didoakan baginya agar diampunkan dosanya, disucikan hatinya dan dipelihara kemaluannya." (Hadis riwayat Imam Ahmad)



Hadis tadi menunjukkan cara Nabi saw mengendalikan kes yang mencabar dengan cara yang penuh hikmah.



Hukum Allah tidak boleh dikompromi.



Perbuatan zina adalah haram. Minum arak, menderhaka kepada ibu bapa adalah haram.



Perkara-perkara yang diharamkan tidak boleh dihalalkan sama sekali walaupun ramai orang yang mula menyukainya.



Walaupun demikian, Baginda berkompromi dalam muamalahnya bersama orang-orang yang melanggar hukum Allah.



Baginda tidak menghukum terus mereka yang terlibat dalam perbuatan dosa itu.



Malah, Baginda memberi teguran dan nasihat agar mereka tidak mengulanginya.



Apabila seseorang melakukan perbuatan yang haram, ia tidak mengeluarkannya dari Islam.



Perbuatan haram yang dilakukan itu tidak menghalangnya dari mendapat taubat dan rahmat dari Allah.



Sebesar mana pun kesalahan dan dosa yang dilakukan, pintu taubat sentiasa terbuka bagi mereka yang ikhlas.



Firman Allah swt:



Maksudnya: "(Iaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah silap yang kecil-kecil (yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan).



"Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunan-Nya. Dia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Dia mencipta kamu dari tanah, dan semasa kamu berupa anak dalam kandungan perut ibu kamu; maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa).



"Dia lah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertakwa." (Surah al-Najm ayat 32)



Di samping mengingatkan manusia agar berusaha melakukan kebaikan, ayat ini juga mengingatkan kita agar jangan merasa diri lebih baik dari orang-orang yang melakukan kesalahan kerana Allah Maha Mengetahui siapakah yang paling bertakwa kepada-Nya.



Semoga Allah swt mengampunkan dosa-dosa kita dan memberi kita taufiq-Nya agar sentiasa berada di atas jalan yang diredhai-Nya."




“Hubungan kekeluargaan yang erat dan penuh rahmah akan membentuk sifat-sifat yang positif. Dengan sifat-sifat yang positif itu, ia dapat membantu anggota keluarga, khususnya anak-anak dalam menilai kebaikan dan keburukan.”
- Khutbah Jumaat 



“Apabila seseorang melakukan perbuatan yang haram, ia tidak mengeluarkannya dari Islam. Perbuatan haram yang dilakukan itu tidak menghalangnya dari mendapat taubat dan rahmat dari Allah. Sebesar mana pun kesalahan dan dosa yang dilakukan, pintu taubat sentiasa terbuka bagi mereka yang ikhlas.”
- Khutbah Jumaat



“Namun, sekuat mana sokongan ahli keluarga dalam membentuk peribadi yang baik, ia memerlukan usaha dari setiap individu untuk mencapai kebaikan. Sokongan dan doa ibu dan ayah tidak mencukupi jika anak-anak tidak mahu berusaha untuk mencapai kebaikan bagi diri mereka sendiri. Dalam mengharungi kehidupan duniawi yang serba mencabar, tiada siapa yang terselamat dari melakukan kesilapan. 
- Khutbah Jumaat




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >