Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Rebut peluang keemasan bangun otak anak sebelum usia 5 tahun

Mar 06, 2022 | 04:58 PM



SEKITAR 90 peratus pembangunan otak kanak-kanak berlaku sebelum mereka mencecah usia lima tahun.



Bahkan, kebanyakan pembelajaran yang dilalui seorang kanak-kanak berlangsung sebelum pendidikan rasmi pada tujuh tahun.



Ini bererti pengalaman awal kanak-kanak adalah genting kepada pembangunan jangka panjang kognitif, emosi dan sosial mereka.



Untuk mengetengahkan lagi kepentingan bimbingan ibu bapa dalam tahun-tahun awal anak-anak mereka, KidSTART Singapore telah melancarkan inisiatif baru, #AGoodStart yang bermaksud permulaan yang baik dalam Bahasa Melayu.



Inisiatif itu bertujuan menonjolkan lagi pengaruh jangka panjang tahun-tahun awal kanak-kanak terhadap pertumbuhan mereka.



Dalam temu bual eksklusif bersama Berita Minggu, Ketua Pegawai Eksekutif KidSTART Singapore, Cik Rahayu Buang berkata inisiatif tersebut dimulakan untuk memberi pengetahuan kepada orang ramai tentang pentingnya masa-masa interaksi dengan anak-anak dari sejak mereka baru lahir sehingga mereka berumur enam tahun.



"Pembentukan otak anak-anak ini, ia paling aktif di masa mereka dilahirkan sehingga mereka berumur lima tahun.



"Jadi itulah pentingnya golden time atau masa paling keemasan dalam lima tahun pertama untuk kita berinteraksi dan untuk kita mengasuh mereka dengan baik.



"Inisiatif ini timbul kerana kita sedar mungkin ramai ibu bapa yang belum mengetahui hakikat ini di mana pembentukan anak-anak di masa mereka dalam kandungan lagi sehingga berumur lima tahun adalah masa yang sangat penting, dan ibu bapa memainkan peranan yang penting kerana mereka adalah guru-guru pertama bagi anak-anak mereka," kata Cik Rahayu.



Sebagai sebahagian inisiatif #AGoodStart, siri video tiga bahagian yang mengetengahkan pempengaruh yang merupakan ibu bapa akan dikongsi di media sosial KidSTART.



Selain itu, penerima bantuan KidSTART dan ahli keluarga mereka juga akan berkongsi pengalaman awal kanak-kanak mereka.



Dua daripada video tersebut sudah pun dimuatnaikkan ke media sosial KidSTART sementara satu lagi video akan dimuat naik bulan ini.



Menekankan kepentingan berinteraksi dengan anak-anak sejak mereka kecil, Cik Rahayu berkata, ia memberi mereka peluang untuk mengembangkan lagi sambungan saraf-saraf di otak mereka.



"Sebenarnya interaksi yang bermakna ini tidak semestinya mengadakan masa yang tertumpu, satu jam, dua jam.



"Anak-anak yang sekecil ini tidak mempunyai tempoh tumpuan yang selama itu, tak boleh nak berikan perhatian yang sepanjang itu.



"Tapi bila kita berbual, membaca buku, menonton televisyen, sambil itu kita bertanya (anak-anak) apa yang terjadi, bagaimana, mengapa... itu mengembangkan lagi perkataan-perkataan mereka.



"Inilah caranya kita mengadakan interaksi yang bermakna bagi anak-anak kita," ujar beliau.



Untuk meluaskan lagi perbualan mengenai pengaruh jangka panjang tahun-tahun awal seseorang, inisiatif #AGoodStart juga menjemput warga Singapura daripada semua lapisan masyarakat untuk berkongsi renungan peribadi dan pengalaman mereka tentang apa yang ibu bapa mereka lakukan pada tahun-tahun awal yang memberi kesan berkekalan kepada mereka menggunakan tanda pagar, #ThankYouForAGoodStart.







KIDSTART SINGAPORE 



APAKAH IA?



  • Program percuma sokong keluarga pendapatan rendah dan kanak-kanak sehingga enam tahun

  • Kongsi panduan keibubapaan, pendidikan dan pembangunan kanak-kanak

  • Sokongan bagi kesejahteraan ibu bapa kepada anak-anak kecil

  • Buku, mainan dan pek makanan sihat percuma bagi anak-anak

  • Penghubung dengan khidmat kesihatan, sosial dan prasekolah

SIAPA LAYAK SERTAI?



  • Ibu hamil dan keluarga yang mempunyai anak warga Singapura berusia hingga enam tahun

  • Keluarga dengan penda patan kasar bulanan isi rumah $2,500 ke bawah, atau pendapatan per kapita $650 ke bawah

  • Keluarga yang tinggal di kawasan yang tawarkan KidSTART

Maklumat lanjut boleh didapati di www.kidstart.sg atau hubungi 6908-0155




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >