Topic followed successfully
Go to BHkuKilauan filem rentap jiwa minati sejarah, wira Melayu
Premium
Kilauan filem rentap jiwa minati sejarah, wira Melayu
Fenomena 'Mat Kilau' melanda Malaysia dan Singapura sejak filem tersebut ditayangkan di pawagam. Filem tersebut menyelongkar kisah bangsawan dan pahlawan, Mat Kilau Imam Rasu, yang terkenal dalam menentang penjajahan British suatu ketika dahulu. BERITA MINGGU dan #NOTAPIS meninjau impak fenomena tersebut dalam menarik minat terhadap sejarah dan seni Melayu.
Jul 17, 2022 | 5:30 AM
Kilauan filem rentap jiwa minati sejarah, wira Melayu
JIKA Mat Kilau tidak 'buka silat' di skrin pawagam, ramai yang mungkin masih tidak sedar akan kewujudan serta peranan penting yang dimainkan beliau dalam sejarah.
Bahkan, beliau mungkin masih tergolong dalam kumpulan wira, pahlawan, serta tokoh Melayu yang 'terkubur' setelah berjuang mempertaruhkan nyawa demi tanah air atau menyumbang membentuk sejarah.

