Kit kreatif bantu kanak-kanak belajar tentang sejarah, budaya S'pura
Premium
Kit kreatif bantu kanak-kanak belajar tentang sejarah, budaya S'pura
Jun 14, 2021 | 5:30 AM
CERITA INTERAKTIF: Kit yang baru dilancarkan ini mengandungi cerita tentang budak perempuan bernama Bernice, dan bapa saudaranya yang bertugas sebagai pakar arkeologi, Profesor Alvis. Mereka kembali ke masa lalu untuk bertemu dengan peneroka awal Singapura. - Foto Facebook BEANSTALK SINGAPORE -
IBU bapa dan pendidik kini boleh menggunakan kit sumber baru untuk membantu kanak-kanak belajar tentang sejarah dan budaya Singapura.
Kit Creative Conversations: Shaping Our Future (Perbualan Kreatif: Membentuk Masa Depan Kita) dilancarkan Sabtu, 5 Jun lalu oleh Menteri Negara Pembangunan Sosial dan Keluarga, Cik Sun Xueling.

