Premium
Kitar semula e-sisa kini lebih mudah dengan tong khas
Jumlah dihasilkan di Singapura dijangka meningkat dengan penggunaan meluas produk elektronik
Jul 12, 2021 | 5:30 AM
KITAR SEMULA SISA ELEKTRONIK (E-SISA): Bagi memudahkan penduduk Singapura mengitar semula produk elektronik mereka, lebih 300 tong pengumpulan e-sisa telah ditempatkan di pelbagai tempat awam termasuk pusat beli-belah dan pasar raya, sejak Khamis lalu. - Foto BH oleh TIMOTHY DAVID -
SINGAPURA menghasilkan 60,000 tan sisa elektronik, atau e-sisa setiap tahun, dan jumlah itu dijangka meningkat sedang penggunaan produk elektrikal dan elektronik semakin meluas di sini, kata Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran), Dr Amy Khor.
Justeru, bagi memudahkan penduduk Singapura mengitar semula produk elektronik mereka, lebih 300 tong pengumpulan e-sisa telah ditempatkan di pelbagai tempat awam termasuk pusat beli-belah dan pasar raya, sejak Khamis lalu.

