Rencana
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Premium

Klik! klik! klik!

Jan 6, 2022 | 5:30 AM
Wow! Jurugambar tidak mahu lepaskan detik luar biasa ini dengan memetik tanpa henti gambar hering hitam (cinereous vulture) di Kebun Bunga Singapura, Khamis lalu. - Foto BH oleh LIM YAOHUI
Wow! Jurugambar tidak mahu lepaskan detik luar biasa ini dengan memetik tanpa henti gambar hering hitam (cinereous vulture) di Kebun Bunga Singapura, Khamis lalu. - Foto BH oleh LIM YAOHUI -

Buat pertama kalinya di Singapura, seekor hering hitam atau 'cinereous vulture' dilihat baru-baru ini. Hering terbesar di Eropah, Asia dan Afrika itu telah menarik perhatian jurugambar yang berpusu-pusu ke Kebun Bunga Singapura untuk memetik gambar burung tersebut. Namun burung jenis berhijrah itu dipercayai telah melencong dari laluan biasanya. Ia terpaksa diletakkan di bawah jagaan doktor haiwan di hospital burung Taman Burung Jurong setelah ditemui dalam keadaan lemah di Cornwall Gardens, berdekatan Kebun Bunga Singapura. Setelah dirawat, burung itu dilepaskan kelmarin, namun ia gagal terbang. Sebaliknya, burung besar itu kekal di darat. Ia kini kembali di bawah jagaan untuk pemulihan lanjut. Saksikan gambar-gambar yang merakamkan detik-detik ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg