Topik diikuti
Pergi ke BHkuKolonel (Bersara) manfaat pengalaman operasi bantu pasukan atasi krisis
Premium
Kolonel (Bersara) manfaat pengalaman operasi bantu pasukan atasi krisis
Setelah mencapai usia persaraan, kakitangan berseragam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) berpeluang beralih kepada fasa kedua kerjaya mereka di luar SAF. Bagi mereka yang prihatin menghadapi cabaran kerjaya di luar SAF, Pusat Sumber Peralihan Kerjaya Kementerian Pertahanan (Mindef) berupaya membantu kakitangan SAF mendapatkan kerjaya baru. Berikut wawancara Berita Minggu dengan dua anggota SAF yang sudah bersara, tentang usaha mereka menyesuaikan diri dengan kerjaya baru.
Sep 18, 2022 | 5:30 AM
Kolonel (Bersara) manfaat pengalaman operasi bantu pasukan atasi krisis
SEMASA berkhidmat sebagai pegawai kanan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), Leftenan Kolonel (Bersara) Adam Haji Hamzah berpeluang menyertai misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Habsyah dan Eritrea.
Sepanjang kerjaya 33 tahun dalam angkatan tentera, beliau mempelajari pelbagai kemahiran termasuk menangani krisis dengan tenang.
