Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

ULASAN BUKU

Komik suntik motivasi, perkasa pembaca dari sudut rohani

Dec 18, 2022 | 05:30 AM



KOMIK ini amat sesuai dimanfaatkan para remaja untuk bermuhasabah diri. Empat kisah pendek yang dipaparkan mendorong para pembaca memperbaiki peribadi sekali gus menjadi anggota masyarakat yang menjunjung sifat prihatin, empati, bersyukur, cinta kepada ilmu dan hidup saling bantu-membantu.



Kisah Kejutan mendedahkan realiti keadaan remaja masa kini yang sering terdedah kepada pengaruh negatif dunia digital yang terlalu mudah diakses menerusi telefon bijak.



Kelemahan iman dan tanpa kebijaksanaan penggunaannya menyebabkan ramai remaja, termasuk dalam kalangan pelajar di institusi keagamaan, terjerumus ke lembah kemaksiatan.



Peranan ibu bapa, sifat bertanggungjawab remaja berserta sokongan para pendidik, penting bagi menjamin kesejahteraan maruah diri golongan muda.



Kisah Baik'kan Allah? mengajak pembaca bersyukur dengan kurniaan-Nya. Pertemuan Ustaz dan Muiz dengan Luqman, pemuda yang cacat pada kaki dan tangannya, pasti menginsafkan para pembaca.



Luqman tidak pernah kesali keadaan dirinya, bahkan berterusan mensyukuri nikmat ini dengan melaksanakan semua perintah Ilahi dengan gigih sekali. Kisah Luqman mengejutkan remaja yang alpa terhadap pelbagai kenikmatan kesihatan pada diri mereka agar segera insaf daripada menjalani kehidupan sia-sia.



Usia bukan penghalang bagi seseorang mempertingkatkan ilmunya. Rasa tanggungjawab terhadap diri, agama dan keluarga akan mendorong kita mencari ruang dan peluang untuk menuntut ilmu tanpa rasa malu.



Begitulah ringkasan kisah Al-Quran Buruk. Menerusi watak Azrin, seorang mahasiswa senior, kita diperlihatkan sifat sedia akui kekurangan diri dan bersungguh-sungguh memperbaikinya. Inilah salah satu ciri kepimpinan yang perlu ada dalam jiwa anak muda.



Apakah erti kejayaan di dunia jika hubungan dengan Ilahi tidak selari?



Inilah isu yang dibangkitkan dalam Solehkah Aku? Badrul, seorang pelajar cemerlang, buntu apabila perlu menguruskan mayat ayahnya yang baru berpulang dek kekurangan dirinya dalam hal keagamaan. Mujurlah, beliau mendapat bantuan ustaz dan para jemaah di surau untuk melaksanakan fardu kifayah ini.



Ringkasnya, komik setebal 97 halaman yang menghimpunkan beberapa kisah benar ini pasti dapat menyuntik motivasi kepada pembaca remaja untuk memperkasakan sudut kerohanian mereka.




► Penulis Pustakawan Lembaga Perpustakaan Negara (NLB).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >