Kongsi cerita kejayaan kerjasama dengan masyarakat dalam cegah jenayah, Berita Rencana - BeritaHarian.sg
Subuh
5:54
Syuruk
7:15
Zuhur
1:18
Asar
4:41
Maghrib
7:19
Isyak
8:32
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Rencana0

Kongsi cerita kejayaan kerjasama dengan masyarakat dalam cegah jenayah

Sistem Pusat Polis Kejiranan (NPC) yang diperkenal pada 1997 merupakan asas pendekatan kepolisan dalam masyarakat di sini. Sepanjang lebih  dua dekad, sistem kepolisan itu banyak berubah dengan melibatkan lebih banyak kerjasama antara pegawai polis dengan rakan kongsi  masyarakat dalam usaha mencegah jenayah. Sajian BERITA HARIAN ini melihat bagaimana sistem NPC itu berkembang serta pandangan pegawai yang sekian lama menyumbang masa dan tenaga dalam membina hubungan rapat dengan anggota masyarakat.
Nov 29, 2021 | 05:30 AM

INSPEKTOR Muhammad Rostam Togiman dan Inspektor Lam Yew Keong merupakan dua rakan baik daripada Pusat Polis Kejiranan (NPC) Queenstown sejak awal 2000-an.

Sepanjang sekitar dua dekad berbakti sebagai pegawai polis, kedua-dua pegawai berusia 40-an tahun itu telah melihat semuanya, bagaimana NPC berubah daripada zaman penduduk rasa 'takut dengan ampai', hinggalah sekarang dengan orang awam sudi bekerjasama dengan polis dalam usaha mencegah jenayah.

Meskipun ada banyak perubahan dalam cara polis menjalankan tugas, kedua-dua pegawai itu berkata sumbangan daripada anggota masyarakat dalam usaha mencegah jenayah amat penting sekali.

Inspektor Rostam, daripada Pasukan Serangan Jenayah (CSF) misalnya, berkata walaupun tugasnya dalam menyelesaikan siasatan lebih menggunakan kamera litar tertutup polis sekarang, beliau tetap bergantung pada kepakaran temannya, Inspektor Lam, yang menerajui Sistem Kepolisan Masyarakat (Cops) di NPC Queenstown.

Cops, iaitu sebuah sistem kepolisan yang diperluas daripada Unit Kepolisan Masyarakat (CPU) pada 2012, melibatkan kerjasama rakan tiga pihak masyarakat - iaitu menerusi kerjasama Jawatankuasa Penduduk (RC), pihak sekolah dan peniaga di kejiranan.

Halal Home Based Business
Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Inspektor Lam yang dikerah dalam bahagian itu sejak 2006 dalam CPU di Queenstown yang diperluas kepada Cops lapan tahun kemudian, menjelaskan bahawa keyakinan dan kerjasama dengan masyarakat yang beliau telah membina sepanjang hampir sedekad membantu pihaknya menyelesaikan pelbagai kes jenayah.

"Meskipun kamera polis banyak mengubah cara kami menyiasat kes jenayah berbanding dahulu, tetap terdapat sedikit batasannya dan penduduk kejiranan merupakan mata dan telinga kami dalam masyarakat," kata Inspektor Rostam.

Beliau menjelaskan terdapat satu kes yang membabitkan seorang pencuri kasut dan si pencuri pula bijak mengelakkan diri daripada dikesan kamera polis.

Selepas menjalankan siasatan, pihaknya mengenal seorang individu yang disyaki sebagai pelakunya, tetapi tidak boleh menjamin kepastian sepenuhnya.

"Di situ kami mendekati orang awam untuk membantu kami dalam usaha tersebut seperti pekerja majlis bandaran dan penduduk kejiranan itu."

Dalam proses itu, Inspektor Rostam menjelaskan, seorang anggota majlis bandaran telah menelefon polis apabila beliau melihat keberadaan suspek itu dan berjaya menangkapnya.

Inspektor Lam berkata itu adalah antara tanda baik sekian lama pihak NPC berusaha membina keyakinan dan kerjasama dengan masyarakat.

Sistem NPC yang diperkenal pada 1997 memperluas sistem Pondok Kejiranan Polis (NPP) yang diterapkan sejak 1983 bagi mengalihkan tumpuan kerja penguatkuasaan daripada kepolisan secara reaktif, kepada kepolisan yang melibatkan masyarakat secara meluas.

Dengan itu, Inspektor Lam berkata sistem CPU yang kemudian diperluas kepada Cops turut menawarkan beliau lebih banyak sumber tenaga manusia.

Semasa beliau di CPU, beliau perlu melakukan dan merancang cara mendekati masyarakat menerusi RC, sekolah dan peniaga dengan hanya sekumpulan enam hingga tujuh pegawai sahaja.

"Sekarang, kami ada lebih ramai kakitangan dan pegawai untuk memberi perhatian khusus kepada setiap aspek itu," katanya.

Beliau menceritakan bagaimana usaha seperti itu kemudian memberi manfaat kepada masyarakat di Queenstown.

Daripada berjaya memberkas pencuri pecah masuk kenderaan di tempat letak kereta menerusi bantuan penduduk serta peniaga di pasar dan pusat penjaja yang rasa lebih selamat berniaga selepas mereka memberkas seorang pencuri yang mengambil wang syiling daripada kaunter.

Inspektor Lam dan pasukannya juga kerap menghasilkan butiran mencegah jenayah menerusi media sosial seperti kesedaran terhadap skim penipuan dalam talian yang naik mendadak ketika pandemik ini.

Beliau juga melancarkan daya usaha kerjasama dengan RC bernama Silver Academy bagi mendekati penduduk warga emas.

"Ini menunjukkan bagaimana kami mendekati penduduk dan menyebarkan mesej mencegah jenayah.

"Kami turut memberi nasihat kepada mereka agar mereka dapat elak daripada menjadi mangsa jenayah seperti tidak menyimpan wang dalam mesin juruwang selepas tamat bekerja bagi peniaga. Dengan itu, mereka lebih sudi bekerjasama dengan kami," kata Inspektor Lam.

Sama seperti pihak sekolah, Inspektor Lam berkata dahulu murid seolah ditakut-takutkan dengan adanya polis jika berkelakuan nakal di sekolah tetapi sekarang, polis daripada NPC turut menyumbang dalam usaha pemantauan tingkah laku murid supaya mereka dapat mengawas murid-murid tertentu.

Semasa pandemik Covid-19 ini, meskipun banyak daya usaha secara fizikal terpaksa ditunda ekoran langkah pengurusan selamat, usaha mendekati masyarakat tetap berterusan menerusi kaedah digital seperti Zoom.

Selain itu, kerja polis daripada NPC semasa pandemik ini juga melibatkan penjagaan penduduk yang ditempatkan di Kemudahan Kuarantin Pemerintah bagi memastikan keadaan terkawal di situ.

Namun, sedang zaman berubah tetap ada cabarannya juga.

Dengan lebih ramai orang yang kerap mengawasi perbuatan polis dan menyebarkannya menerusi media sosial, Inspektor Lam berkata taktik-taktik kepolisan dahulu juga perlu berubah.

Beliau yang memulakan kerjayanya bertugas sebagai Pasukan Reaksi Darat (GRF) berkata:

"Kini apabila kami keluar untuk menjalankan tugas, kami harus berhati-hati terhadap kelakuan kami kerana penduduk lebih kerap menyebarkan maklumat dalam talian."

Menyusuli, Inspektor Rostam berkata meskipun dengan adanya cabaran seperti itu, pegawai polis tetap menjalankan tugas mereka dengan penuh amanah dan jujur.

"Keselamatan dan keamanan rakyat dan negara adalah keutamaan kami, dan kami akan terus menjalankan tugas dengan penuh kesetiaan kepada negara dan rakyat."

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map