Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Kongsi pengalaman hidap barah ketika hamil, wanita beri harapan pada yang senasib

Anugerah Pengasuh dan Pesakit Inspirasi 2022 dianjurkan oleh Singapore Health (SingHealth) baru-baru ini bagi mengiktiraf 37 pemenang, terdiri daripada 15 pesakit, 21 pengasuh dan Kumpulan Sokongan Onkologi Belia dan Dewasa Muda di Pusat Barah Nasional Singapura. Anugerah itu dimulakan pada 2010 untuk meraikan individu di atas kekuatan, keberanian dan daya tahan mereka dalam menghadapi cabaran kesihatan, serta kumpulan sokongan pesakit cemerlang yang telah memberi sokongan tidak ternilai kepada pesakit dan pengasuh mereka. BERITA HARIAN (BH) mengongsi kisah dua penerima anugerah ini.
May 31, 2022 | 05:30 AM



APABILA Cik Nooridah Mohd Noor disahkan menghidap barah buah dada dua tahun lalu, beliau turut menerima satu kejutan yang membuatnya cukup risau dan resah.



Beliau didapati hamil anak keduanya dan perlu memulakan rawatan semasa trimester kedua, iaitu mulai bulan keempat kehamilannya.



Setelah menjalani rawatan kemoterapi, pembedahan mengeluarkan ketulan dan rawatan radioterapi, wanita berusia 38 tahun itu kini beransur pulih.



Anaknya juga selamat dilahirkan pramatang pada umur kandungan tujuh bulan dan kini sudah pun berusia satu tahun.



Kini, Cik Nooridah, yang mempunyai seorang lagi anak yang bakal berusia empat tahun, mengongsi kisah dan pengalamannya dengan ibu-ibu lain yang melalui cabaran serupa.



Ini beliau lakukan melalui laman Instagramnya (@idahchialixin) dan di rangkaian serta kumpulan sokongan Hospital Besar Sengkang (SKH) dan Yayasan Barah Buah Dada.



Di atas kerjasamanya dengan pasukan penjagaan kesihatan dan sokongannya bagi ibu-ibu lain senasibnya, Cik Nooridah diberikan Anugerah Rakan Kongsi dalam Penjagaan (Kategori Pesakit) dalam Anugerah Pengasuh dan Pesakit Inspirasi 2022 anjuran Singapore Health (SingHealth).



"Ada wanita disahkan menghidap barah pada peringkat hujung kehamilan mereka. Mereka boleh menunda rawatan kemoterapi hingga selepas melahirkan. Tetapi bagi kes saya, doktor tidak mahu mengambil risiko sel barah merebak jika saya melakukan kemoterapi selepas melahirkan. Saya risau tentang rawatan itu kerana ia sangat kuat. Adakah bayi saya akan selamat?" cerita Cik Nooridah.



Atas nasihat dokor, beliau menjalani sekitar 16 pusingan kemoterapi dan melakukan pembedahan tiga minggu selepas melahirkan bagi mengeluarkan ketulan kecil di buah dada kirinya.



Cik Nooridah berkata apabila beliau disahkan menghidap barah dan hamil, beliau tidak menemui jawapan kepada soalan yang bermain difikirannya seperti sama ada beliau boleh menjalani kemoterapi ketika hamil atau tidak.



"Jadi, saya menggunakan akaun media sosial saya untuk mengongsi apa yang saya lalui kerana saya rasa apabila kita sedang melalui diagnosis sedemikian ketika hamil, kita cuma mahu lihat sama ada terdapat orang lain yang melalui pengalaman serupa dan sama ada bayi mereka selamat. Kerana itulah yang saya ingin tahu tetapi saya tidak menemui banyak maklumat.



"Saya cuma mahu memberi orang lain harapan yang mereka tidak bersendirian. Seorang wanita menghubungi saya selepas membaca kisah saya. Beliau juga mempunyai ketulan di buah dada ketika hamil, dan selepas membaca perkongsian saya, beliau memutuskan untuk melakukan pemeriksaan dan disahkan menghidap barah," kata Cik Nooridah sambil menambah beliau berharap perkongsiannya sekurang-kurangnya menggalak wanita yang merasakan ketulan di buah dada agar melakukan pemeriksaan segera.




"Saya cuma mahu memberi orang lain harapan yang mereka tidak bersendirian. Seorang wanita menghubungi saya selepas membaca kisah saya. Beliau juga mempunyai ketulan di buah dada ketika hamil, dan selepas membaca perkongsian saya, beliau memutuskan untuk melakukan pemeriksaan dan disahkan menghidap barah."
- Cik Nooridah Mohd Noor, 38 tahun, ibu dua anak yang kini pulih dari barah buah dada.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >