Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Konsert amal bantu artis setempat kurang bernasib baik

Mar 01, 2022 | 05:30 AM



SEKUMPULAN artis dan penggiat seni tanahair memutuskan untuk mengadakan satu konsert amal pada Ahad ini yang memberi peluang kepada mereka untuk menonjolkan bakat secara 'live' di samping membantu rakan seperjuangan yang kurang bernasib baik.



Dinamakan 'Konsert Amal Retro Jamm', ia merupakan daya usaha artis rok popular, Moliano Rasmadi dan kugirannya, Moliano In Rock, bersama-sama Ar Rayyan Productions.



Menurut bekas anggota kumpulan Lovehunters itu, konsert yang berlangsung di Festive Theatre, Our Tampines Hub (OTH) ini mendapat sokongan Fei Siong Group, syarikat yang mendukung rangkaian restoran makanan halal, Encik Tan dan Boleh Boleh!



Ia membariskan sekumpulan artis dan pemuzik tempatan yang muda dan mapan terdiri daripada Suhaimi Yusof, Asiyah Sinan, Rosalina Musa, Ryzall Noh, Joe Jasmi dan Keater HM serta Rosley Jimaen, Prof. Noh, Nur Athirah dan A. Jay.



"Konsert ini bertujuan memberi peluang kepada para pemuzik dan artis tempatan untuk kembali ke pentas dan menonjolkan bakat mereka selepas dua tahun kita semua terjejas teruk dengan pandemik Covid-19.



"Masa berbual dengan rakan-rakan, kami dapat idea untuk mengadakan konsert yang mengetengahkan lagu-lagu Melayu dan Inggeris yang malar segar dari tahun-tahun 70-an, 80-an dan 90-an.



"Saya dan rakan-rakan bersyukur dan berterima kasih kepada Fei Siong Group yang sudi menaja sebahagian kos konsert dan menghulurkan derma ke Dana Prihatin," ujar Moliano, 62 tahun, yang merupakan Timbalan Presiden Prihatin (Penggiat Seni Melayu Singapura).



Tahun lalu, Prihatin telah mengumpulkan hampir $40,000 menerusi pelbagai kegiatan amal dan wang ini telah diagihkan kepada 15 artis yang uzur dan berpenyakit kronik.



Menurut Moliano lagi, Moliano In Rock terdiri daripada anak-anak muda berbakat dan mampu membawa lagu-lagu pilihan dengan baik.



Tetamu kehormat acara ini ialah Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Dr Muhammad Faishal Ibrahim.



Antara lagu yang bakal didendangkan pada konsert 90 minit yang berlangsung pada 3 petang dan 8 malam itu adalah: Penasaran, Nafas Terakhir, Nilai Cinta, Black Magic Woman, Highway Star, Sausolito, dan pelbagai lagi.



"Kami menjanjikan konsert yang menghiburkan. Selain lagu-lagu kenangan lalu, kami juga ada persembahan komedi dari pelawak dan pelakon mapan kita, Joe Jasmi, Suhaimi Yusof dan Keatar HM. Tak rugi punyalah!," kata Moliano yang mesra dengan panggilan Pa'Mol di kalangan anak buahnya.



Tiket-tiket berharga $30, $50 dan $70 boleh didapatkan dengan menghubungi talian 8891-4583 secara WhatsApp.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >