Topik diikuti
Pergi ke BHkuKeluarga M'sia sembilan beranak tunai haji bersama
Premium
Keluarga M'sia sembilan beranak tunai haji bersama
14,306 dari M'sia tunai rukun Islam kelima tahun ini, lalui proses Makkah Route yang sediakan laluan imigresen cepat
Jun 27, 2022 | 5:30 AM
Keluarga M'sia sembilan beranak tunai haji bersama
IBADAH SEKELUARGA: Dr Ahmad Kamal Peong Abdullah (tiga dari kiri) bersama isterinya dan tujuh anak mereka sebelum berlepas ke Tanah Suci. - Foto BH oleh KHIRUL BAHRI BASARUDDIN -
SEMBILAN beranak yang mendaftar pada 2008 untuk mengerjakan haji bersama bersyukur doa me-reka dimakbulkan kerana dipilih oleh Tabung Haji (TH) Malaysia menunaikan rukun Islam kelima itu tahun ini.
Keluarga mualaf Dr Ahmad Kamal Peong Abdullah, 60 tahun, dari Alor Star, Kedah, bersama 288 jemaah berlepas dari Lapangan Terbangd Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 2.40 petang Jumaat lalu menuju ke Arab Saudi.
