Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

E-MEL DARI KL

Kos sara hidup di M'sia dijangka naik ekoran kadar faedah pinjaman lebih tinggi

May 21, 2023 | 05:30 AM



KOS sara hidup di Malaysia dijangka terus meningkat ekoran langkah mengejut Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan Overnight Policy Rate (OPR) atau Kadar Dasar Semalaman.



Ramai penganalisis ekonomi menyuarakan kebimbangan bahawa kenaikan itu bukan sahaja mempunyai kesan ekonomi bahkan mungkin menghakis keyakinan rakyat pada Kerajaan Perpaduan sekarang.



Impak segera akan dirasakan rakyat dan peniaga yang mempunyai pinjaman bank akibat kenaikan OPR daripada 2.75 peratus kepada 3 peratus.



Mereka perlu membayar ansuran bulanan lebih tinggi akibat kadar faedah yang turut dinaikkan bank.



Ketika dihubungi untuk menjelaskan kesan OPR pada ekonomi, Profesor Madya Dr Abdilah Noh, pensyarah Universiti Brunei Darussalam, berkata:



"Langkah menaikkan kadar faedah ialah untuk mengekang inflasi dengan tujuan mengawal pertumbuhan ekonomi.



"Bagaimanapun pertumbuhan sederhana ekonomi Malaysia pada kadar 4-5 peratus tahun ini tidak memerlukan langkah kenaikan kadar faedah."



Namun, menurut BNM, langkah itu perlu untuk mengekang kadar inflasi daripada terus melonjak tinggi dan menjadi tidak terkawal.



"Mana lagi kejam kalau inflasi kita di luar kawalan? Kalau kadar inflasi kita naik mendadak, kuasa beli semua orang akan terkesan tanpa mengira anda mempunyai pinjaman atau tidak.



"Jadi, kita naikkan OPR kerana kita mahu memastikan ekonomi berkembang secara mampan dan bukan saja untuk hari ini, tapi untuk bulan dan tahun yang mendatang," tegas Gabenor BNM, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus.



Namun begitu pandangan beliau dicabar beberapa pihak yang berpendapat masyarakat biasa tidak faham kesan sebenar OPR terhadap kehidupan mereka.



Mereka menggesa BNM memberi penjelasan dalam 'bahasa mudah' kepada rakyat kerana ia terlalu teknikal dan kurang difahami sehingga menyebabkan persepsi negatif terhadap kerajaan.



"Kesan kenaikan OPR secara agresif adalah kali kelima sejak Mei 2022 menyebabkan kadar bayaran balik pinjaman meningkat secara drastik.



"Keadaan ini membebankan peminjam terutama golongan B40. Ini mengambil kira nasib rakyat sedang bergelut dengan situasi ekonomi yang sangat mencabar," kata Wanita Umno dalam satu kenyataan.



Penganalisis ekonomi Datuk Dr Ramalan Yunus menerangkan mungkin kalau dalam keadaan biasa tidak menafikan OPR boleh dijadikan sebagai instrumen mengawal inflasi.



"Tetapi keadaan hari ini bukan keadaan seperti biasa. Ia adalah satu keadaan yang cukup luar biasa.



"Keadaan inflasi yang naik menggila adalah disebabkan gangguan bekalan terutamanya bekalan makanan akibat pandemik Covid 19.



"Jadi bolehkah OPR dijadikan instrumen untuk memulihkan rantaian bekalan makanan atau mengawal harga makanan?" tanya beliau.



Menurut Profesor Madya Dr Abdilah Noh, walaupun kadar faedah yang tinggi boleh menstabilkan nilai ringgit dan membuat harga barangan import lebih rendah, namun impaknya tidak akan segera dirasakan.



"Sekarang harga barangan import akan tetap tinggi dan saya bimbang inflasi akan terus meningkat kerana kos pengilangan bertambah," kata beliau.



Ini bermakna warga Singapura yang sering membeli-belah di seberang Tambak akan mendapati kadar pertukaran dolar Singapura-Ringgit Malaysia menjadi lebih rendah, sementara harga barangan semakin mahal.



Dari sudut politik, kos sara hidup semakin meningkat dan menjejas golongan berpendapatan rendah B40 dan sederhana M40, membawa risiko besar menjelang Plihan Raya Negeri (PRN) yang dijadualkan dalam beberapa bulan lagi.



"Ketiadaan dasar-dasar besar untuk memulihkan ekonomi menghakis keyakinan rakyat terhadap kemampuan Kerajaan Perpaduan.



"Sekiranya tidak ada langkah-langkah drastik diambil untuk menarik minat dan sokongan orang Melayu sebelum PRN, maka agak sukar bagi Kerajaan Perpaduan mendominasi PRN akan datang," kata Datuk Dr Ramalan.




► Penulis mantan wartawan BH dan kini tinggal di Kuala Lumpur. Beliau penulis tamu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >