Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Kumpulan Bapa Sepanjang Hayat dan madrasah ganding bahu anjur inisiatif tulis kad Hari Bapa

Jun 19, 2022 | 05:30 AM



BUAT julung-julung kalinya, Bapa Sepanjang Hayat (DFL) bekerjasama dengan Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah, Madrasah Aljunied, Jemaah Ibu Bapa Waris Asatizah (Jiwa) dan juga Parent Support Group @ Madrasah Arabiah Islamiah (PSG@MAI) untuk insiatif Hari Bapa.



"Kami ingin mempunyai hubungan komuniti yang kukuh dengan Madrasah dalam insiatif Hari Bapa ini. Kami pernah bekerjasama dengan kedua-dua kumpulan sokongan ibu bapa (PSG) untuk projek lain dan kami kagum dengan pengalaman yang positif dengan mereka," kata Encik Bramsha Osman, sukarelawan Bapa Sepanjang Hayat.



Inisiatif menulis kad Hari Bapa ini merupakan salah satu projek anjuran Bapa Sepanjang Hayat untuk menggalakkan hubungan lebih kukuh antara bapa dengan anak-anak mereka.



Namun, Bapa Sepanjang Hayat juga menerangkan perlunya berhati-hati terhadap pelajar yang mungkin mempunyai masalah untuk menyambut Hari Bapa, terutama jika bapa mereka telah meninggal dunia, atau dipenjara, atau mereka tidak mempunyai hubungan dengan bapa mereka.



"Kebimbangan ini telah kami tangani dengan mengemukakan definisi perkataan bapa yang betul supaya pelajar berkenaan tidak berasa sedih atau ketinggalan ketika menyediakan kad. Kad itu boleh ditulis kepada figura bapa yang ada dalam hidup mereka," kata Encik Bramsha.



Kad yang dihasilkan oleh Bapa Sepanjang Hayat diberikan kepada pelajar-pelajar madrasah untuk menulis ucapan. Kemudian, sukarelawan Bapa Sepanjang Hayat akan pos kad tersebut kepada bapa mereka sebagai satu kejutan pada Hari Bapa.



Ketua Sekolah Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah, Encik Herman Cher Ma'in, senang dengan insiatif itu kerana tujuannya yang sangat bermakna.



"Kami melihat bagaimana ia sejajar dengan nilai madrasah kami, jadi kami melihat projek ini sebagai projek yang sangat bermakna," kata beliau sambil berharap para pelajarnya akan meraih manfaat daripada inisiatif itu.



"Saya harap mereka akan ingat tentang ketaatan kepada ibu bapa, sentiasa menghormati ibu bapa, berasa syukur terhadap ibu bapa kerana telah membesarkan dan memberi kasih sayang kepada mereka, dan memberi kata-kata perangsang sebagai menghargai pengorbanan dan kerja keras mereka."



Para pelajar Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah dan Madrasah Aljunied yang dihubungi Berita Minggu (BM) juga berkongsi pendapat tentang inisiatif Hari Bapa ini.



Bagi pelajar Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah, Mohamed Haikal Mohamed Nazri, 13 tahun, inisiatif itu memberinya peluang menulis kad kepada ayah - sesuatu yang jarang dilakukannya.



"Kali terakhir saya menulis kad adalah enam tahun lalu. Jadi, saya agak teruja untuk menunjukkan kepada ayah kad yang telah saya tulis.



"Saya tidak selalu menunjukkan penghargaan saya kepadanya kerana saya tidak tahu cara menunjukkan penghargaan saya. Tetapi, saya sangat berterima kasih atas segala pengorbanan yang dilakukan untuk membesarkan saya adik-beradik," kata Haikal.



Batrisyia Ezril, 13 tahun, pula sudah biasa menunjukkan penghargaan kepada bapanya, dan sering sediakan kad hari jadi untuk bapanya.



"Apabila saya menulis kad ini, saya rasa gembira kerana mendapat peluang untuk membuat ayah saya rasa dihargai dan gembira.



"Bagi keluarga saya, kami cuba menunjukkan penghargaan setiap hari dengan mengucapkan terima kasih. Saya bersyukur ayah saya menyokong saya dalam semua yang saya lakukan. Itulah perkara yang paling saya suka tentang dirinya," kata Batrisyia Ezril.



Pelajar Madrasah Aljunied, Muhammad Zaim Dhiyaulhaq Mohamad Husni, 17 tahun, berkata beliau jarang menulis ucapan dalam bentuk kad kepada bapanya kerana kekok.



"Tidak dinafikan saya jarang menulis kad, namun saya tahu bahawa seorang ayah juga perlu tahu yang mereka amat dihargai. Mereka telah menghabiskan banyak waktu dan tenaga untuk keluarga.



"Inisiatif ini tentu akan membuat ayah saya kagum." ujar Muhammad Zaim.



Adawiyyah A'qilah Binte Rizal, 18 tahun, pelajar Madrasah Aljunied, menujukan kad Hari Bapa itu kepada figura bapa dalam kehidupannya.



"Saya menulis kad Hari Bapa ini khas kepada salah seorang guru di sekolah saya yang sering memberi kami nasihat tentang kehidupan agar kami dapat meraih manfaat dan berjaya di masa akan datang.



"Beliau juga seorang yang sangat disukai ramai pelajar kerana sikapnya yang sangat penyabar dan penyayang, seperti seorang figura bapa.



"Jadi, saya mengambil peluang ini untuk menulis kepadanya," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >