Kurang tanah dan aktiviti pelancongan di sebalik kekurangan rumah
Premium
Kurang tanah dan aktiviti pelancongan di sebalik kekurangan rumah
Rumah kediaman salah satu keperluan asas yang menjadi impian untuk setiap individu atau keluarga. Namun harga rumah semasa yang terlalu tinggi dan tidak mampu milik membawa negara kepada krisis perumahan. Pengurusan dan polisi perumahan yang lemah menyebabkan rakyat terbanyak dinafikan keperluan asas mereka. BERITA HARIAN melihat krisis perumahan yang melanda Belanda dan sebilangan besar pelajar antarabangsa di Australia yang menghadapi masalah untuk menyewa rumah.
Feb 18, 2023 | 5:30 AM
TIMBUL MASALAH BAGI PENDUDUK SETEMPAT: Sejak Julai 2020, kerajaan Belanda telah melaksanakan larangan ke atas penyewaan Airbnb di tiga daerah di Amsterdam. - Foto ISTOCKPHOTO -
AMSTERDAM: Mencari tempat tinggal di bandar-bandar besar di Belanda kini kian sukar dan mahal.
Ini khususnya bagi pembeli kali pertama yang melihat impian mereka menerokai pasaran perumahan menjadi mimpi ngeri sejak lima hingga 10 tahun lalu.

