Labuan Bajo pekan nelayan kecil berubah rancak jadi lokasi sidang puncak
May 13, 2023 | 5:30 AM
LOKASI SIDANG PUNCAK: Seorang pekerja membersihkan kawasan pentas sejurus sebelum satu sidang media bagi Sidang Puncak Asean ke-42 bermula di Hotel Bintang Flores, di Labuan Bajo. Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo mengadakan sidang media di dewan itu pada hari kedua sidang puncak, melabuh tirai acara yang berjaya bagi Indonesia. -
SENYUMAN BAGI TETAMU: Sekumpulan kanak-kanak menanti di tepi jalan berhampiran Pusat Konvensyen Meruorah di Labuan Bajo, Nusa Tenggara Timur, pada 10 Mei. Pusat konvensyen itu menjadi tuan rumah kepada Sidang Puncak Asean ke-42. Berbekal bendera dan senyuman gembira, mereka berada di sana untuk menyambut konvoi peserta sidang puncak dan akan melambaikan bendera dan bersorakan apabila konvoi kenderaan kelihatan. - Foto-foto ST -
KAWALAN KETAT: Kehadiran pasukan berseragam untuk menjaga keamanan dan ketenteraman di jalan raya Labuan Bajo menjadi satu kebiasaan pada hari-hari menjelang permulaan sidang puncak dan sepanjang acara itu berlangsung. Dalam tempoh itu, beberapa jalan raya dua hala diubah menjadi sehala bagi memastikan pergerakan trafik lancar dan pasukan berseragam seperti ini dilihat memberi arahan kepada pengguna jalan raya. -
'PANGKALAN' WARTAWAN: Ratusan wartawan dan kru sokongan dari negara Asean menjadikan pusat media antarabangsa di Hotel Bintang Flores 'pangkalan' untuk menyiapkan liputan sepanjang tempoh sidang puncak. Kemesraan dan hospitaliti tuan rumah, Indonesia menyerlah, dengan makanan dan minuman disediakan - kadangkala sepanjang 24 jam - untuk menunjukkan sokongan kepada wartawan. -
TEMPAT PENGINAPAN SEMENTARA: Apabila semua hotel penuh, penganjur Sidang Puncak Asean ke-42 ini mengadakan tempat penginapan sementara dalam bentuk kapal penumpang KM Sinabung di pelabuhan Labuan Bajo. Perut kapal ini menjadi tempat tidur dan bekerja bagi sebahagian media dan peserta sidang puncak yang lain. -
REHAT SEBENTAR: Pancaragam pasukan seragam berehat sebentar sementara menanti ketibaan tetamu VIP ke Pusat Konvensyen Meruorah. Pada hari pertama sidang puncak, ketibaan pemimpin negara diiringi alunan muzik yang dimainkan pancaragam ini. -

Sebuah pekan nelayan kecil di kepulauan Flores menjadi tuan rumah kepada pemimpin negara Asean selama dua hari pada 10-11 Mei. Labuan Bajo, di Nusa Tenggara Timur, Indonesia, yang lebih dikenali sebagai tempat singgahan pertama bagi pelancong yang ingin ke Taman Nasional Komodo, berubah hampir semalaman menjadi kawasan rancak yang dipenuhi pelawat. BERITA HARIAN (BH) yang berada di sana untuk membuat liputan sepanjang sidang puncak itu memberi sekilas pandang perkara yang berlaku sebalik tabir, jauh dari adegan yang biasa dilihat di dada akhbar.