Premium
'Langkah-Langkah Penyajak' cermin kepenyairan Khayas
Buku terbaharu Mohd Khair Mohd Yasin papar perjalanan seni, mengongsi ilmu dalam penulisan puisi, sajak
Jul 21, 2021 | 5:30 AM
RAKAMAN PERJALANAN DAN PENGERTIAN SANG PENYAIR: Buku Langkah-Langkah Penyajak ini antara sekumpulan karya beliau yang sedang disiapkan dan bakal diterbitkan oleh Mohd Khair Mohd Yasin tidak lama lagi. - Foto ihsan MOHD KHAIR MOHD YASIN -
BERKARYA bukan satu tugas mudah. Seperti dipesankan oleh penyair Masuri SN kepada penulis, jangan berhenti menghasilkan karya dan jangan dibuang karya yang dirasakan kurang baik, tetapi menekuninya dan menukanginya sehingga ia menjadi sebuah karya yang baik.
Dalam memperkatakan soal kepenyairan, penyair Mohd Khair Mohd Yasin mendedahkan kepada Berita Harian baru-baru ini akan usahanya mengongsi perjalanan kepenyairan dan ilmu penulisan sajaknya menerusi 'Langkah-Langkah Penyajak'.

