Langkawi rintis gelembung perjalanan bagi pulihkan ekonomi M'sia
Premium
Langkawi rintis gelembung perjalanan bagi pulihkan ekonomi M'sia
Destinasi pertama dibuka semula kepada pelancong dalam negara dengan SOP elak Covid-19
Sep 16, 2021 | 5:30 AM
HARAPAN MENGGUNUNG: Kereta kabel ke Gunung Mat Chinchang ini antara tarikan Langkawi. Banyak pihak berharap pembukaan semula pulau ini akan membawa kepada lebih banyak gelembung perjalanan dan membantu menghidupkan semula pelancongan dan ekonomi Malaysia. - Foto fail -
ALOR SETAR: Langkawi bersedia menerima kedatangan pelancong apabila pulau peranginan itu dibuka semula di bawah program gelembung pelancongan mulai hari.
Pembukaan semula sektor pelancongan di pulau legenda di Kedah itu menjadikannya lokasi pelancongan pertama di Malaysia dibuka dalam pandemik Covid-19 ini.

