Laporan dasar desak komitmen dunia tangani pemanasan global
Premium
Laporan dasar desak komitmen dunia tangani pemanasan global
Dunia perlu henti jarah hutan; henti guna arang batu, bahan bakar fosil dan capai kuasa tenaga bersih 100 peratus jelang 2045
Oct 19, 2021 | 5:30 AM
BERSAMA TANGANI PEMANASAN GLOBAL: Seorang lelaki memeriksa telefon bimbit sementara beliau mengecas kereta elektrik Tesla di Sant Cugat del Valles, berdekatan Barcelona, Sepanyol. - Foto REUTERS -
LONDON: Perubahan dasar pemerintah yang 'mengasak' langkah menangani pemanasan global boleh mengakibatkan paras suhu cuaca sekarang meningkat kepada tiga kali ganda lebih tinggi, menurut ramalan satu laporan dasar, semalam.
Ini boleh berlaku sekiranya tiada peningkatan dalam penggunaan kenderaan yang tidak mengeluarkan asap beracun yang membentuk 30 peratus keseluruhan jenis kenderaan di jalan raya menjelang 2030, dan kuasa angin dan suria yang membentuk 30 peratus penjanaan kuasa sedunia.

