Topik diikuti
Pergi ke BHkuAS latih tentera Taiwan secara rahsia
Sebarang pengesahan dikatakan boleh jejas lagi hubungan AS-China
Oct 9, 2021 | 5:30 AM
AS latih tentera Taiwan secara rahsia
WASHINGTON: Sejumlah kecil anggota pasukan operasi khas Amerika Syarikat telah dikerah ke Taiwan secara bergilir-gilir buat sementara waktu untuk mengendali latihan bagi tentera Taiwan, menurut dua sumber yang tahu mengenai perkara itu kelmarin.
Pentagon, yang selalunya tidak mendedahkan butiran tentang Amerika melatih atau menasihat pasukan Taiwan itu, juga tidak mengulas atau mengesahkan berhubung pengerahan itu.