Lebih 1,200 keluarga pendapatan rendah diberi baucar runcit
Premium
Lebih 1,200 keluarga pendapatan rendah diberi baucar runcit
Feb 26, 2022 | 5:41 AM
BANTUAN RINGANKAN BEBAN: Cik Aida Ayob (kiri) menerima baucar barangan runcit daripada Cik Tin Pei Ling, dalam satu majlis di Pusat Khidmat Keluarga THK @ MacPherson. - Foto BH oleh ALPHONSUS CHERN -
LEBIH 1,200 keluarga berpendapatan rendah akan menerima baucar barangan runcit selepas lebih $122,000 dikumpulkan dalam usaha mengumpul dana oleh Thye Hua Kwan Moral Charities (THKMC) sempena ulang tahun ke-10..
Jumlah itu diperoleh daripada inisiatif organisasi itu bernama Race to Raise, yang merupakan kutipan dana selama dua bulan di mana peserta digalakkan berjalan, berlari atau berbasikal untuk meningkatkan kesedaran tentang pengumpulan dana.

