LEBIH 130 orang terbunuh dan kira-kira 320 cedera dalam kejadian rempuhan manusia menyusuli perlawanan bola sepak di Indonesia dalam salah satu bencana stadium sukan terburuk di dunia.

Dalam kejadian pada 1 Oktober itu, polis menggunakan gas pemedih mata sebagai tindak balas kepada pencerobohan padang oleh peminat yang merusuh, menyebabkan rempuhan di kalangan penonton yang panik.