Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Lebih 39 tahun berkhidmat dengan SCDF

Nov 05, 2021 | 05:30 AM



SELAMA 39 tahun berkhidmat bersama Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), beliau mempunyai banyak kenangan pahit manis untuk diceritakan.



Pegawai Waran Kanan 2 (SWO2) Hasanuddin Johar, 58 tahun mengimbas kembali kisah semasa bertugas menghadapi antara kebakaran besar.



"Saya masih ingat lagi, selama seminggu saya tak sempat pulang apabila ditugaskan ke tempat kejadian kebakaran Pulau Merlimau pada 1988.



"Apinya menjulang dan saya serta pasukan lain bertungkus lumus melawan api dan membantu keadaan.



"Itu pengalaman yang tidak dapat saya lupakan," cerita bapa empat orang anak dan datuk kepada tiga orang cucu itu.



Dalam satu panggilan video bersama Berita Harian, SWO2 Hasanuddin menyambung cerita tentang pelibatannya bersama SCDF sekian lama.



Satu lagi insiden yang tidak luput dari ingatannya adalah keruntuhan tapak pembinaan bangunan Fusionpolis di Ayer Rajah Avenue.



Pada masa itu beliau dikerahkan di Stesen Alexander dan menurutnya, insiden itu sangat mengejutkan kerana kejadian itu lebih teruk dari apa yang disangkakan.



"Kejadian itu teruk kerana keruntuhan tersebut di tingkat bawah tanah dan ramai yang terperangkap," singkap beliau.



Ini adalah di antara beberapa pelibatan SWO2 Hasanuddin dalam SCDF yang mendapat pengiktirafan baru-baru ini dengan Anugerah Bintang Perkhidmatan 2021 di majlis penyampaian Anugerah Menteri oleh Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) baru-baru ini.



"Saya sangat teruja kerana diberi pengiktirafan atas perkhidmatan ini. Saya tak minta untuk diiktiraf tetapi bersyukur atas penghargaan ini," ujarnya.



Anugerah-anugerah tersebut bertujuan mengiktiraf pegawai, pasukan dan agensi yang memaparkan prestasi cemerlang atau inovasi dalam bertugas.



Selain itu, SWO2 Hasanuddin mengongsi bahawa SCDF telah memberinya ruang dan peluang untuk meningkatkan kemahiran diri.



Antara faktor yang mendorongnya untuk kekal setia dengan SCDF adalah pekerjaannya yang menolong rakyat.



"Saya sertai SCDF kerana ingin membantu.



"Selain itu, mereka memberi kami peluang dan ruang untuk berkembang dan memperbaiki kemahiran diri saya," jelas beliau.



"Dulu, untuk naik pangkat, susah. Pada masa itu juga ramai orang tak pandang pekerjaan bomba ni.



"Selepas dah tukar nama jadi SCDF, mereka semakin mengembang dan memberikan ruang untuk peningkatan diri sebagai seorang anggota bomba," tambahnya yang telah menerima peluang untuk dihantar ke Perancis selama empat minggu pada 1998, untuk latihan kimia, ekoran insiden di gas kereta api di Tokyo pada 1995.



Menurutnya, antara cabaran yang dihadapi sebagai seorang anggota bomba adalah untuk sentiasa menyesuaikan diri.



"SCDF ini pesat berkembang dan setiap individu harus menyesuaikan diri dengan masa. Sekarang banyak penggunaan teknologi berbanding dulu.



"Walaupun kita dah berumur dan tidak selaju yang muda, saya tetap cuba untuk ikut maju dengan yang lain," kata beliau.



Beliau menasihatkan para anggota bomba dan yang ingin menjadi anggota bomba agar berikan tumpuan sepenuhnya dan lakukan yang terbaik.



"Sering tingkatkan kemahiran kerana ia amat bermanfaat dalam pekerjaan ini," nasihatnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >