Premium
Lebih banyak peluang kerja untuk kaum Hawa Arab Saudi
Kerajaan buka peluang wanita berkhidmat dalam tentera serta memperbaharui beberapa norma sosial
Feb 25, 2021 | 5:30 AM
KAUM HAWA: Beberapa wanita Arab Saudi memeriksa koleksi baru di acara fesyen di butik pakaian kelas atas di bandar pelabuhan Laut Merah Jeddah . - Foto fail -
LANGKAH kerajaan Arab Saudi membenarkan kaum wanita membawa senjata dan berkhidmat dalam pasukan tentera negara itu satu lagi isyarat keinginan negara timur tengah memberi lebih banyak kebebasan kepada kaum Hawa dan mengubah ekonomi serta memperbaharui sistem sosialnya.
Kementerian Pertahanan Arab Saudi baru-baru ini membuka gerbang permohonan termasuk untuk kaum wanita supaya berkhidmat sebagai anggota tentera darat, pertahanan udara, pasukan tentera laut, pasukan misil strategik dan perubatan tentera lapor Arab News.

