Premium
Lebih dua dekad berbakti sebagai relawan
Akur lebih sukar bagi wanita menyumbang sebagai relawan namun sekiranya bijak membahagi masa dan tanggungjawab, ia dapat dilakukan
Dec 13, 2021 | 5:30 AM
DEMI FAEDAH WANITA: Bagi Cik Zuraida Mustafa, kegiatan dan program anjuran Masjid Al-Istiqamah adalah antara usaha meningkatkan penghayatan agama, menggalak pembelajaran sepanjang hayat, dan dapat memartabatkan kedudukan kaum Muslimah. - Foto ihsan ZURAIDA MUSTAFA -
SELEPAS lebih 20 tahun berbakti kepada Masjid Al-Istiqamah sebagai seorang sukarelawan, Cik Zuraida Mustafa berasa sangat beruntung - mendapat pendedahan berguna untuk pembangunan dirinya dari segi duniawi dan ukhrawi.
Ibu empat anak ini berkata dengan menjadi sukarelawan, beliau bukan setakat menyumbang tenaga dan masa, bahkan buah fikiran kerana diberi ruang merancang, melakar dan melaksana projek dan program dakwah, khususnya bagi kaum Muslimah.

