Rencana
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih ramai remaja, orang dewasa membaca pada masa lapang: NLB

Jan 13, 2023 | 5:30 AM
MEMUPUK SEMANGAT MEMBACA: Program-program seperti "Cerita Kita" yang dianjurkan oleh NLB pada bulan Jun tahun lalu bertujuan untuk memupuk minat membaca dari kecil lagi. - Foto LEMBAGA PERPUSTAKAAN NEGARA
MEMUPUK SEMANGAT MEMBACA: Program-program seperti "Cerita Kita" yang dianjurkan oleh NLB pada bulan Jun tahun lalu bertujuan untuk memupuk minat membaca dari kecil lagi. - Foto LEMBAGA PERPUSTAKAAN NEGARA -

KAJIAN Tabiat Membaca Kebangsaan 2021 yang dikeluarkan oleh Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) Oktober lalu menunjukkan bahawa terdapat lebih banyak golongan dewasa dan remaja di Singapura membaca pada waktu lapang mereka, berbanding pada tahun 2018.

Kajian tersebut, yang mempunyai saiz sampel sebanyak 3,610 penduduk Singapura berusia 17 tahun dan ke atas, dilakukan menerusi temu bual dalam talian dan temu bual dari rumah ke rumah.

Ia bertujuan memahami tabiat membaca penduduk dewasa dan remaja di Singapura, dan memaklumkan strategi NLB untuk menggalakkan tabiat membaca dalam kalangan penduduk.

Dapatan kajian tersebut juga menunjukkan bahawa 91 peratus warga dewasa menggunakan platform penstriman video untuk keseronokan, manakala 81 peratus menggunakannya untuk mengikuti acara semasa.

Seramai 96 peratus remaja menggunakan platform penstriman video untuk keseronokan, manakala 85 peratus menggunakannya untuk mengikuti acara semasa.

Media format digital, seperti video dan buku elektronik (eBuku), juga menjadi format yang lebih popular.

Kajian tersebut juga mendedahkan bahawa 58 peratus pembaca buku dewasa membaca sekurang-kurangnya satu eBuku, manakala 60 peratus pembaca buku remaja membaca sekurang-kurangnya satu eBuku.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NLB, Encik Ng Cher Pong, berkata:

"Meskipun ada kesan pandemik terhadap kehidupan dan gaya hidup kita sejak beberapa tahun lalu, ia sangat menggalakkan apabila melihat kegiatan membaca dan pembelajaran malar bagi kebanyakan rakyat Singapura. Kajian ini juga menunjukkan terdapat kehendak yang semakin meningkat untuk media digital, terutamanya dalam kalangan belia."

Encik Ng juga berkongsi, NLB sedang mengembangkan dan meningkatkan penawaran perkhidmatan di pelbagai saluran untuk mendayakan penduduk Singapura - muda dan tua - agar terus membaca dan belajar bila-bila masa dan di mana sahaja.

Ketua Kanan (Bahasa Melayu), koleksi, perancangan dan pengembangan, Lembaga Perpustakaan Negara (NLB), Cik Zubaidah Mohsen menyatakan bahawa peningkatan juga dapat dilihat dalam bilangan penyertaan program-program Melayu yang diadakan di NLB.

"Program-program seperti 'Masa Bercerita' dan 'Bicara Karya' juga menyaksikan secara purata kira-kira 500 peserta yang hadir, secara bersemuka dan dalam talian.

"Ini adalah peningkatan yang ketara berbanding semasa prapandemik di mana purata bilangan peserta bagi program-program Melayu yang diadakan secara fizikal biasanya hanya sekitar 60 peserta," ujar beliau.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg