Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Lega dah boleh tempah lauk Raya

May 08, 2022 | 02:59 PM



SEBELUM berlakunya pandemik Covid-19, Cik Haryati Othman sering menjamu keluarga dan sahabat handai pada Hari Raya pertama.



Namun amalan itu terpaksa dihentikan kerana orang ramai tidak dibenarkan berhimpun beramai-ramai, sekaligus menjejas sambutan Hari Raya Cik Haryati sekeluarga.



Lantaran itu, apabila menerima berita sekatan saiz untuk berkumpul ditiadakan, perkara pertama timbul di fikirannya ialah untuk berkumpul dengan lebih ramai teman dan keluarga pada Syawal tahun ini.



Seperti amalan kebiasaannya sebelum pandemik, Cik Haryati, 51 tahun, telah mendapatkan khidmat katering bagi menyediakan juadah untuk sekitar 20 anggota keluarga dan kawan-kawannya pada hari pertama Raya.



Menjelaskan lebih lanjut, ibu dua anak itu berkata beliau tidak menyangka dapat beraya dengan lebih meriah tahun ini.



"Memang setiap Hari Raya sebelum pandemik, kami sekeluarga akan menganjurkan rumah terbuka pada hari pertama Syawal dan kami akan menjemput keluarga dan rakan-rakan ke rumah kami untuk jamuan makan malam.



"Namun disebabkan begitu banyak sekatan khususnya had pada saiz kumpulan yang boleh berkumpul, kami tiada rancangan untuk mengadakan jamuan besar dan mengundang ramai tetamu ke rumah tahun ini.



"Tetapi apabila pemerintah melonggarkan sekatan, kami terus mendapatkan khidmat katering untuk kira-kira 20 tetamu kami pada hari pertama Hari Raya," ujarnya yang bertugas dalam sektor teknologi.



Disebabkan dapat berkumpul dengan lebih ramai anggota keluarga dan rakan, Cik Haryati berkata sambutan Syawal tahun ini memang lebih menyentuh hati.



"Pengalaman beraya memang emosional untuk kami sekeluarga sebab dapat menganjurkan jamuan beramai-ramai dan dapat bertemu dengan rakan-rakan dan anggota keluarga lain sambil menjamu selera.



"Dua tahun lepas memang sambutan agak sepi dan tidak meriah," jelas beliau yang menjangka menerima lebih ramai tetamu sepanjang bulan ini.



Cik Haryati yang menempah juadah makanan tempatan telah menggabungkannya dengan sajian yang dimasaknya seperti rendang, ayam masak merah dan lodeh.



Secara keseluruhan, beliau membelanjakan sekitar $400 bagi juadah yang ditempah untuk 20 tetamunya.



Berkongsi pengalaman mendapatkan khidmat katering, Cik Haryati berkata:



"Saban tahun sebelum ini, memang saya sering menempah dari penyedia khidmat katering yang disarankan oleh kawan-kawan dan keluarga kerana saya percaya pada saranan mereka.



"Sejauh ini, memang tiada yang mengecewakan," tambah beliau.




“...Disebabkan begitu banyak sekatan khususnya had pada saiz kumpulan yang boleh berkumpul, kami tiada rancangan untuk mengadakan jamuan besar dan mengundang ramai tetamu ke rumah tahun ini. Tetapi apabila pemerintah melonggarkan sekatan, kami terus mendapatkan khidmat katering untuk kira-kira 20 tetamu kami pada hari pertama Hari Raya.’’
- Cik Haryati Othman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >