TAHUN 2020 akan diingati sedunia sebagai tempoh penuh tragis setelah dunia jatuh gering.

Kesemua 7.8 bilion manusia dari seluruh pelusuk jagat, termasuk warga 195 negara berdaulat, tentunya merasainya pelbagai ujian sepanjang 365 hari ini - baik bencana alam, krisis kemanusiaan mahupun disebabkan kerakusan manusia itu sendiri.