Premium
Lima daya tarikan boleh dikunjungi pada musim cuti
Semasa musim cuti sekarang, terdapat banyak aktiviti dan tarikan di Singapura yang boleh dinikmati oleh keluarga dan kanak-kanak. BERITA HARIAN kongsi lima tarikan yang tidak boleh dilepaskan untuk dikunjungi.
Dec 6, 2022 | 5:30 AM
Christmas Wonderland
PAMERAN tahunan yang sangat diminati orang ramai telah kembali. Pengunjung boleh menikmati pertunjukan cahaya dan bunyi setiap hari, serta persembahan artis tempatan. Pengunjung akan juga berasa teruja dengan pemasangan lampu Spalliera setinggi 21 meter, bersiar-siar melalui terowong Walk of Lights sepanjang 50 meter dan menaiki karusel kuda Venice dua tingkat.

