Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Lima isu utama dibahas dalam sidang iklim Dubai

Nov 28, 2023 | 02:47 PM



Apakah COP?

Persidangan Parti (COP) bakal menghimpunkan perwakilan daripada hampir 200 negara untuk cuba mencapai keputusan penting dalam menangani perubahan iklim.

Ini termasuk sasaran untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, meningkatkan pelaburan tenaga boleh diperbaharui dan menyediakan dana untuk membantu negara membangun menghijaukan ekonomi mereka dan menyesuaikan diri dengan kesan iklim yang semakin teruk.

Tetapi keputusan perlu dicapai secara konsensus dan rundingan sering kali padat. Kepentingan bahan api fosil telah lama mengekang kemajuan. Ia juga menghadapi kekurangan dana daripada negara kaya.

COP diadakan di bawah Konvensyen Rangka Kerja PBB mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC), perjanjian pelbagai hala yang diterima pakai pada 1992. Perjanjian Paris 2015, pakatan iklim utama dunia, telah dipersetujui pada COP21 di Paris. Antara 70,000 dan 80,000 orang dijangka hadir pada COP28. Berikut adalah lima bidang utama perbincangan

HAPUSKAN/KURANGKAN BAHAN API FOSIL SECARA BERPERINGKAT


Bahan api fosil akan menjadi tema utama pada COP28 – mentelah lagi kerana Sultan Al Jaber yang dilantik sebagai presiden kontroversi persidangan itu ialah ketua syarikat minyak dan gas negara Amiriah Arab Bersatu (UAE).

Pengeluaran dan pembakaran arang batu, minyak dan gas adalah sumber utama gas rumah hijau yang memanaskan planet ini.

Selama hampir tiga dekad, COP telah mengelak penggunaan bahasa mengenai penghapusan bahan api fosil secara berperingkat, walaupun risiko iklim yang semakin meningkat daripada peningkatan pelepasan gas rumah hijau.

COP26 di Glasgow mencapai keputusan saat-saat akhir berkaitan “mengurangkan” kuasa arang batu. Tiada sebutan mengenai minyak dan gas. Ia adalah hasil yang sama dalam persidangan iklim di Mesir pada 2022.

Tekanan terhadap COP28 supaya menyetujui kata-kata mengenai penghapusan bahan api fosil secara berperingkat telah meningkat, dengan Kesatuan Eropah (EU) menyokong kuat dan Agensi Tenaga Antarabangsa berkata pengembangan pengeluaran bahan api fosil berisiko dari segi ekonomi dan ancaman kepada planet.

Apa yang akan diputuskan?

Pengeluar bahan api fosil seperti Arab Saudi dan UAE menentang penggunaan bahasa secara berperingkat untuk semua bahan api fosil, dengan mengatakan ekonomi tenaga hijau mesti dibina sebelum bahan api fosil dihapuskan secara berperingkat.

Dr Al Jaber sebaliknya meminta perwakilan supaya mencari “kebersamaan” untuk merungkaikan perselisihan pendapat mengenai masa depan bahan api fosil.

Namun, pertelingkahan mengenai perkataan boleh dijangkakan dan kompromi yang tidak dapat dielakkan – mungkin berkisar pada “mengurangkan” bahan api fosil dan bahasa yang lebih khusus tentang menamatkan penggunaan arang batu.

PENGAMBILAN SAHAM GLOBAL


Pada September, PBB menyimpulkan bahawa manusia masih jauh daripada landasan tindakan iklim dalam pengambilan stok sejagat, yang dimandatkan di bawah Perjanjian Paris untuk dilaksanakan setiap lima tahun.

Pengambilan stok sejagat telah dibuat selama dua tahun, jadi ia adalah gambaran yang cukup terperinci tentang apa yang dunia lakukan dengan betul dan apa yang boleh dilakukan dengan lebih baik.

Penilaian itu bertujuan untuk membantu membimbing dan menggalakkan rancangan iklim yang lebih hebat dan mesti diserahkan oleh semua negara kepada PBB menjelang 2025.

Pengambilan stok mengajukan saranan seperti pemotongan pelepasan yang lebih banyak merentasi pelbagai sektor, termasuk pengangkutan, pengeluaran makanan dan penggunaan tanah, serta penjanaan tenaga dan kuasa.

Selain itu, meningkatkan dana pelaburan bagi mempercepatkan peralihan hijau dan menyokong negara miskin yang menghadapi kesan iklim yang semakin teruk.

Apa yang akan diputuskan?

Tidak jelas sama ada negara peserta akan menerima cadangan pengambilan stok untuk tindakan yang lebih hebat.

Para menteri dan pemimpin negara dalam rundingan itu akan memperhalusi teks akhir keputusan yang dikeluarkan pada akhir COP28. Kata-kata yang digunakan bakal menjadi ukuran utama kejayaan persidangan itu.

KEHILANGAN DAN KEROSAKAN


Ini kekal sebagai salah satu bidang rundingan yang paling diberi perhatian dan menggugah emosi. Alasan yang diberikan adalah baik kerana banyak negara semakin miskin, terdedah kepada ancaman terhadap ekonomi mereka dan dilanda bencana cuaca yang berulang.

Negara-negara miskin telah lama meminta pembiayaan untuk menutup kerugian dan kerosakan akibat banjir, ribut dan kemarau.

COP27 di Mesir pada 2022 mencapai perjanjian saat akhir untuk mewujudkan dana bagi menampung kerugian dan kerosakan, walaupun bertahun-tahun ditolak oleh Amerika Syarikat dan negara kaya lain yang bimbang akan pembayaran pampasan.

Selepas lima pusingan rundingan, 24 anggota jawatankuasa PBB mencapai persetujuan pada November 2023. Ia mengesyorkan Bank Dunia bertindak selaku pemegang amanah sementara dan pengurus dana untuk tempoh empat tahun.

Beberapa negara membangun dan kumpulan hijau mengkritik keputusan itu, dengan menyatakan Amerika telah melampaui pengaruh terhadap Bank Dunia.

Jawatankuasa itu juga tidak jelas mengenai skala sumber kewangan yang diperlukan dan dari mana dana itu datang. Turut membimbangkan ialah desakan Amerika terhadap sumbangan sukarela daripada negara maju – perjanjian itu hanya “menggesa” negara maju untuk memimpin dalam memanfaatkan dana itu.

Namun, Amerika, EU dan negara-negara lain berkata mereka akan mengumumkan sumbangan kepada dana itu pada COP28.

Apa yang akan diputuskan?

Perwakilan di COP28 akan diminta untuk menerima pakai cadangan jawatankuasa kerugian dan kerosakan, termasuk meluluskan peranan Bank Dunia. Perbincangan lanjut diperlukan tentang cara untuk menyediakan dana tersebut. Perselisihan faham boleh dijangkakan dan sesetengah negara mungkin cuba membuka semula perjanjian yang dicapai oleh jawatankuasa PBB.

KEWANGAN


Wang adalah gam yang akan mengikat perbincangan iklim PBB. Dan ia kekal sebagai perkara yang sangat dipertikaikan.

Pada 2009, negara kaya bersetuju untuk menyediakan AS$100 bilion ($134 bilion) dalam pembiayaan iklim tahunan untuk negara miskin menjelang 2020. Angka itu mungkin telah dicapai pada 2022, kata Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan, berdasarkan data awal .

Realitinya, AS$100 bilion adalah sebahagian kecil daripada apa yang benar-benar diperlukan untuk membiayai peralihan hijau di negara membangun dan untuk membiayai pelaburan yang amat diperlukan untuk membantu mereka menyesuaikan diri dengan peningkatan impak iklim – kos yang mencecah trilion dolar.

Jadi semuanya bermuara kepada kepercayaan kepada negara-negara kaya yang akan menunaikan janji mereka.

Apa yang akan diputuskan?

Ia tidak jelas buat masa ini. Pada COP28, akan ada perbincangan mengenai dana untuk tenaga hijau, penyesuaian, kehilangan dan kerosakan, membaik pulih pengeluaran makanan yang tidak cekap dan mencemarkan, menamatkan penebangan hutan dan kawasan lain.

Presiden UAE telah menjelaskan bahawa ia mahukan kemajuan dalam bidang kewangan untuk cuba menyokong negara yang lebih miskin.

Negara-negara kaya berkata mereka tidak boleh membiayai segala-galanya dan bahawa sektor swasta dan bank pembangunan pelbagai hala yang besar, seperti Bank Dunia dan Bank Pembangunan Asia, perlu meningkatkan pembiayaan.

Jangkakan beberapa ikrar pembiayaan baharu, tetapi kejayaan pembiayaan utama tidak mungkin berlaku.

TENAGA BOLEH DIPERBAHARUI


Terdapat sokongan yang semakin meningkat untuk sasaran tenaga boleh diperbaharui yang hebat pada 2030. Negara Kumpulan 20 (G-20) bersetuju pada September untuk meneruskan usaha meningkatkan kapasiti tenaga boleh diperbaharui global sebanyak tiga kali ganda menjelang 2030 dan menggandakan kadar kecekapan tenaga.

Kapasiti tenaga boleh diperbaharui perlu “mencapai lebih daripada 11,000 gigawatt” menjelang 2030, kata presiden COP28, Agensi Tenaga Boleh Diperbaharui Antarabangsa dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global dalam laporan bersama baru-baru ini.

Pelaburan tenaga hijau sudah berkembang dengan kukuh. Agensi Tenaga Antarabangsa menyatakan bahawa untuk setiap AS$1 yang dibelanjakan bagi untuk bahan api fosil, AS$1.80 akan menjadi tenaga hijau.

Apa yang akan diputuskan?

Mendapatkan keputusan mengenai perkara ini di COP28 bukanlah mudah. EU dan negara-negara yang terdedah kepada iklim berkata peningkatan tenaga bersih mesti digabungkan dengan perjanjian untuk menghapuskan bahan api fosil secara berperingkat.

Namun, nampaknya tidak mungkin COP28 akan berakhir tanpa sokongan utama untuk tenaga boleh diperbaharui.

Sumber: Institut Sumber Dunia, Harjeet Singh, Agensi Tenaga Antarabangsa, UNFCCC.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >