Topic followed successfully
Go to BHkuLukisan lama buah-buahan dunia Melayu disimpan di perpustakaan Amerika
Premium
Lukisan lama buah-buahan dunia Melayu disimpan di perpustakaan Amerika
Aug 16, 2021 | 5:30 AM
Lukisan lama buah-buahan dunia Melayu disimpan di perpustakaan Amerika
PADA 2019, saya mengunjungi Perpustakaan Penyelidikan dan Penyimpanan Dumbarton Oaks, satu estet sebesar 20 padang bola, terletak di Georgetown, di ibu kota Amerika Syarikat, Washington, D.C.
Pekarangan Dumbarton Oaks merangkumi satu rumah gedung dikelilingi taman subur. Estet ini merakam sejarah pada 1944 apabila ia menjadi pusat perhimpunan delegasi antarabangsa bagi beberapa mesyuarat yang berakhir dengan pembentukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ia juga pernah menjadi kediaman Robert dan Mildred Bliss - tokoh politik dan dermawan Amerika yang berpengaruh dan masyhur.

