Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Lulusan Madrasah Aljunied kini penganalisis kewangan

Jan 30, 2022 | 05:30 AM



PENDIDIKAN madrasah memberi arah tuju yang seimbang dalam hidup.



Begitulah pendapat Cik Shaakira Kamaludin, 28 tahun apabila ditanya mengenai perjalanan pembelajaran beliau di madrasah.



Cik Shaakira bermula perjalanan pembelajaran beliau di Madrasah Wak Tanjong dan kemudiannya di Madrasah Aljunied Al-Islamiah. Beliau melanjutkan pengajiannya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) setelah tamat pengajiannya di Madrasah Aljunied Al-Islamiah.



Hasil pengajian IIUM, beliau dianugerah Sarjana Muda dalam bidang Sains Kemanusiaan khusus dalam Bahasa Arab.



Kini, Cik Shaakira memilih menceburi kerjaya di sebuah institusi kewangan di Singapura sebagai seorang penganalisis anti-pengubahan wang haram (AML).



Mengenai pilihan kerjayanya beliau berkata pendidikan madrasah, terutama di Singapura, tetap melengkapkan para pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan yang membuka pelbagai peluang kerjaya .



"Saya ingin mengalami dunia korporat. Di industri kewangan, ia sentiasa kompetitif dan berkembang pesat.



"Jadi, setiap hari, pekerjaan saya mendorong saya untuk usaha dengan lebih gigih dan rajin untuk mempertingkatkan kemahiran saya," ujarnya.



Menerangkan tentang tugasnya beliau menambah:



"Memang pekerjaannya adakala mencabar tetapi yang penting sekali mesti mempunyai dedikasi dan semangat untuk menikmati pekerjaan itu," tambahnya.



Sebelum bertugas sebagai penganalisis AML, beliau juga pernah bekerja selama setahun sebagai jurubahasa bagi Kedutaan Amiriah Arab Bersatu (UAE) di Hospital Universiti Nasional (NUH).



Sebagai tugasnya, beliau harus menterjemahkan dalam Bahasa Inggeris ke Bahasa Arab bagi pesakit dari UAE.



Ini memberikan Cik Shaakira peluang berinteraksi dengan warga negara lain dan mengetahui lebih mengenai budaya mereka.



Namun, beliau akur bahawa bukanlah mudah untuk mencapai kecemerlangan dalam kedua-dua dunia dan akhirat terutama sekali apabila beliau baru sahaja bermula belajar di madrasah dan harus membiasakan diri untuk mempelajari banyak subjek semasa peperiksaan.



Sebelum ini Cik Shaakira juga sering meluangkan masa lapangnya pada hujung minggu untuk mengajar agama di kelas-kelas madrasah.



Kini beliau berhenti seketika kerana perlu mendapatkan pengiktirafan di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS).



"Insya Allah, saya akan berusaha mendaftarkan diri dan mengambil kursus-kursus yang tertentu untuk memiliki ARS.



"Seperti memiliki lesen kereta, kita tidak perlu mempunyai kereta walaupun sudah mempunyai lesennya. Namun, bila diperlukan nanti, ia akan tentu berguna.



"Sama juga dengan ARS. Saya berharap, saya boleh terus membimbing para pelajar supaya hidup berpegangkan ajaran Islam dan terus menyumbang kepada negara pada masa yang sama," jelasnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >