PARIS: Presiden Perancis, Encik Emmanuel Macron, yang menjadi hos kepada Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman bagi rundingan di Paris semalam menolak kritikan bahawa pertemuan itu amat tidak wajar setelah hampir empat tahun pembunuhan oleh ejen Saudi terhadap wartawan Encik Jamal Khashoggi.
Pertemuan itu akan dilihat sebagai langkah terbaharu dalam penerimaan semula pemerintah de-facto kerajaan itu ke dalam kumpulan antarabangsa, selepas Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, bertemu dengan Putera mahkota atau juga dikenali sebagai MBS awal bulan ini.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg