Premium
Mahu lihat lebih ramai wanita ceburi bidang IT
Menjelang musim cuti penggal pertama di politeknik di sini, dua pelajar politeknik berkongsi dengan BERITA HARIAN bagaimana keputusan mereka untuk menyertai politeknik telah membantu menjadikan mereka lebih matang di samping memenuhi keinginan untuk mendalami bidang pilihan masing-masing.
May 27, 2022 | 5:30 AM
CEBURI BIDANG TEKNOLOGI: Cik Syakira Sulaiman menyedari bahawa tidak ramai wanita yang terlibat dalam bidang pembelajarannya oleh itu beliau telah menyertai Jawatankuasa Wanita dalam Teknologi Rentas Politeknik untuk meningkatkan kesedaran. - Foto IMDA -
MINATNYA dalam bidang teknologi bermula apabila beliau didedahkan kepada muka aplikasi telefon semasa mengusahakan projek di sekolah menengah.
Cik Syakira Sulaiman kemudian mula membuat kajian dan mendapati terdapat pelbagai Teknologi Maklumat (IT) yang berbeza dan ini mencetuskan minatnya untuk mempelajari reka bentuk antara muka laman web.

