Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Mahu perkasa wanita dengan kemahiran buat keputusan kewangan

Mar 16, 2022 | 05:30 AM



MERASAKAN kesan ke atas dirinya apabila dia sukar mengurus kewangan dan pada masa yang sama, perlu mengimbangi kerja sambilan dan komitmen sekolah pada peringkat universiti, Cik Sharifah Umairah Ibrahim mahu belia lain tahu bahawa mereka bukan keseorangan dalam perjalanan itu.



Justeru, timbullah ilham mahu mewujudkan masyarakat yang dapat menyokong belia, terutamanya kaum perempuan, dengan tumpuan terhadap kewangan peribadi.



Itulah yang mendorong gadis berusia 26 tahun itu menubuhkan syarikat pemula Money&Me tiga tahun lalu yang bertujuan memperkasa belia dengan keyakinan dan kemahiran membuat keputusan kewangan bagi masa depan mereka.



Dia, yang lebih mesra dengan panggilan Maya, berharap dapat menghapuskan pemikiran bahawa "wanita tidak pandai mengurus kewangan".



"Saya pernah mempunyai pemikiran bahawa kaum lelaki adalah sumber kewangan kaum wanita. Namun, saya telah menyedari bahawa pemikiran ini harus dihapuskan supaya kaum wanita dapat berkembang maju," ujar pengasas bersama Money&Me itu.



Program itu yang dibiaya Cabaran Inovasi Daya Tahan dan Pertumbuhan (R&G) NUS, antaranya merangkumi elemen perbincangan kumpulan fokus, penghasilan idea, pembangunan program dan mentoring. Sejak tiga tahun lalu, lebih 60 belia telah melibatkan diri.



Cik Maya, lulusan Sarjana Muda dalam bidang sosiologi itu juga rajin menabur bakti kepada masyarakat tempatan dengan melibatkan diri dalam kerja sukarela bersama Mendaki dengan dia menjadi mentor.



Berkongsi apa yang sering menjadi nasihatnya kepada yang lain, Cik Maya berkata:



"Jangan mudah terpengaruh dengan pendapat orang lain. Jalani kehidupan anda seperti yang sedia ada."



Dia juga menambah bahawa usaha gigih akan mendatangkan hasil yang baik, dan perlu agar sentiasa bersyukur.



Anak sulung tiga beradik itu percaya penting agar tidak terlalu membebankan diri sendiri.



"Sejak kecil, saya mempunyai keinginan mengubah dunia. Namun kini, saya lebih tertumpu pada tindakan kecil yang boleh saya lakukan untuk mengubah diri saya terlebih dahulu, dan mudah-mudahan ini dapat mempengaruhi orang di sekeliling saya," tambah Cik Maya.



Berkongsi pendapatnya mengenai Hari Wanita Sedunia baru-baru ini, Cik Maya berkata dia percaya bahawa perayaan ini penting kerana ia memberi pengesahan dan pengiktirafan kepada kekuatan kaum wanita, kerja yang mereka lakukan serta kesannya terhadap masyarakat secara keseluruhan.



Selain ibunya, dia juga menekankan bahawa setiap wanita juga boleh menjadi inspirasi.



Cik Maya bercita-cita ingin bekerja bersama Suruhanjaya Tinggi PBB mengenai Pelarian (UNHCR) dan terus memperjuang pemerkasaan wanita.



Dia berkata:



"Anda boleh menerima inspirasi daripada sesiapa sahaja yang anda temui, meskipun orang yang tidak anda kenali. Orang ramai perlu menyedari bahawa mereka sendiri boleh menjadi wira," tambah wanita yang memperjuang pemerkasaan wanita itu.




"Saya pernah mempunyai pemikiran bahawa kaum lelaki adalah sumber kewangan kaum wanita. Namun, saya telah menyedari bahawa pemikiran ini harus dihapuskan supaya kaum wanita dapat berkembang maju."
- Cik Sharifah Umairah Ibrahim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >