Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

RENUNGAN JUMAAT

Masjidnya agak kecil, lokasi agak terpencil... Masjid Al-Huda tetap utamakan keselesaan jemaah

Manfaatkan teknologi untuk jangkau lebih ramai penderma dalam pandemik ini
Dec 31, 2021 | 05:30 AM



DEMI keselamatan jemaah dan meningkatkan keselesaan mereka beribadah, Masjid Al-Huda mahu memasang awning atau sengkuap yang memayungi dari hujan di bahagian depan masjid yang menghadap Jalan Haji Alias.



Buat masa ini bahagian itu tidak berbumbung lebar dan jemaah yang mahu ke bahagian kanan masjid berkemungkinan besar akan basah sedikit jika hujan.



Namun usaha mengumpul dana di masjid itu agak mencabar kerana saiznya yang kecil dan lokasinya yang agak terpencil di tengah-tengah kawasan perumahan mewah di Bukit Timah.



Justeru masjid itu menoleh kepada teknologi untuk menjangkau kepada lebih ramai penderma, terutama dalam keadaan pandemik ini di mana ruang solat di masjid adalah terhad.



Jemaah boleh menderma melalui PayNow atau semudah mengimbas kod QR yang tertera di poster yang dikongsi di Facebook atau laman web rasmi masjid.



Masjid itu juga mengumpul dana melalui penjualan sejadah, baju lengan panjang atau pendek dengan logo Al-Huda, serta beras basmati.



Ditemui baru-baru ini, pengerusi Masjid Al-Huda, Encik Mohd Idris Mohd Khair, berkata setelah menjalani kerja-kerja peningkatan pada tahun 2015, masjid itu mempunyai ruang untuk menampung hingga 350 jemaah pada satu-satu masa - naik daripada 200 sebelumnya.



Masjid ini, yang merupakan sebahagian daripada Jejak Warisan Bukit Timah Lembaga Warisan Negara (NHB), juga dilengkapi muzium kecil yang memaparkan artifak seperti kentung yang digunakannya sejak berdekad-dekad lalu.



Masjid Al-Huda dibina pada 1925, dan sebelum ini dikenali sebagai Masjid Kampung Coronation dan Masjid Kampung Tempe kerana terletak dalam kampung yang terkenal dengan pembikinan dan penjualan tempe.



Sebelum ini, masjid wakaf itu mempunyai seni bina yang diilhamkan daripada masjid tradisional Jawa, tetapi pada tahun 1960-an, ia dibangunkan semula dengan ciri masjid kampung Melayu.



Encik Idris, 48 tahun, berkata walaupun Masjid Al-Huda telah melalui transformasi dari masjid kampung ke masjid moden, suasana kampungnya masih terserlah.



Sedang jemaah masjid pada hari biasa rata-rata merupakan mereka yang bekerja di kawasan berdekatan, pada Hari Raya, kebanyakan jemaah merupakan bekas penghuni Kampung Tempe.



"Kami akan solat Hari Raya bersama dan kemudian bersembang antara satu sama lain, sebelum meneruskan urusan masing-masing," kata Encik Idris yang bekerja sebagai jurutera sistem di Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).



Sekitar 70 peratus anggota lembaga pengurusan masjid itu merupakan bekas penduduk kampung tersebut, termasuk Encik Idris, dan sepupunya, Encik Ahmad Farid Mohd Fadzuli, selaku setiausaha.



"Datuk saya pernah tinggal di belakang masjid ini. Beliau melakukan kerja-kerja noja, seperti membersihkan masjid dan menggulung tikar. Secara tidak sengaja, cucunya iaitu saya kemudian menjadi pengerusi masjid," katanya yang kini sedang melatih dua anak lelakinya untuk menjadi imam dan muazzin di masjid tersebut.



Bercakap mengenai rancangan memasang sengkuap di bahagian depan masjid, Encik Idris, yang menyandang jawatan pengerusi sejak Ogos lalu, berkata sengkuap itu akan menggantikan khemah yang biasa didirikan semasa Ramadan.



"Kami juga sedang meneroka penggunaan panel solar, dan sedang mempertimbangkan sama ada ia adalah pelaburan yang baik atau tidak. Itulah inisiatif utama yang saya telah lakarkan untuk tiga tahun akan datang dan kami memang memerlukan dana untuk menyokong rancangan itu," katanya.




"Kami juga sedang meneroka penggunaan panel solar, dan sedang mempertimbangkan sama ada ia adalah pelaburan yang baik atau tidak. Itulah inisiatif utama yang saya telah lakarkan untuk tiga tahun akan datang dan kami memang memerlukan dana untuk menyokong rancangan itu."
- Pengerusi Masjid Al-Huda, Encik Mohd Idris Mohd Khair.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >