Masyarakat Islam SG turut terkejut; pemimpin kerja keras 'jernihkan' suasana
Premium
Masyarakat Islam SG turut terkejut; pemimpin kerja keras 'jernihkan' suasana
Beberapa pemimpin masyarakat kongsi usaha di sebalik terbentuknya Jawatankuasa Kumpulan Jagaan Lanjut Antara Agensi 2002 yang bertujuan jaga kesejahteraan keluarga para tahanan yang radikal serta bangunkan daya tahan masyarakat
Sep 12, 2021 | 5:30 AM
SEPERTI masyarakat lain di seluruh dunia, masyarakat Melayu/Islam Singapura juga tidak terjangka berlakunya serangan pengganasan pada 11 September 2001 (9/11) di Amerika Syarikat.
"Saya dipanggil untuk kembali bekerja sejurus selepas dunia lihat di kaca televisyen bagaimana dua pesawat rempuh Pusat Dagangan Dunia di New York," imbas Haji Rhazaly Noentil, 82 tahun, mantan Editor Berita (Bahagian Melayu) Mediacorp, kepada Berita Minggu.

