Topic followed successfully
Go to BHkuMasyarakat sambut baik WMS
Premium
Masyarakat sambut baik WMS
Mahukan rangka kerja yang kukuh demi kemaslahatan masyarakat
Nov 8, 2020 | 5:30 AM
Masyarakat sambut baik WMS
SESI PERTEMUAN DENGAN KARYAWAN: Encik Abu Bakar (tiga dari kiri) bersama anggota panel penasihat termasuk Cik Kohe Hassan (dua dari kiri), mengadakan beberapa perbincangan dan sesi mendapatkan maklum balas mengenai WMS, termasuk sesi ini yang diadakan bersama kumpulan karyawan perundangan. - Foto SEKRETARIAT WMS -
PEMIMPIN, asatizah, karyawan dan wakil masyarakat Islam Singapura menyambut baik gagasan menjayakan Wakaf Masyarakat Singapura (WMS), namun mereka menekankan perlunya ada rangka kerja yang kukuh bagi memastikan wakaf baru itu mampu memenuhi matlamatnya.
Ini kerana masyarakat melihat WMS sebagai sebuah rizab yang harus mampu membantu menampung keperluan masyarakat pada masa akan datang, khususnya dalam masa-masa sukar seperti kemelut kewangan atau penularan wabak.

