Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Maya Gallery anjur pameran di Hanoi rai jalinan 50 tahun S’pura-Vietnam

Sep 10, 2023 | 05:31 AM



Setelah bertapak di sini sejak sekian lama sebagai satu-satunya galeri seni anak Melayu di Singapura, Maya Gallery kini giat menebarkan sayapnya di peringkat serantau.

Terbaru merupakan usaha menganjurkan pameran di Hanoi, Vietnam.

Pameran Huu Nghi: Singapore & Vietnam Celebrates 50-10 Exhibition itu diadakan di ibu kota Vietnam sempena meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Singapura-Vietnam, selain meraikan kerjasama strategik antara kededua negara selama 10 tahun.


Dengan bertemakan persahabatan dan kerjasama – ‘Huu Nghi’ bermakna persahabatan dalam bahasa Vietnam – pameran itu diadakan di galeri berprestij negara itu, iaitu di Muzium Seni Halus Nasional Vietnam.

Diadakan dari 9 September 2023 hingga 14 September 2023, ia turut dianjurkan bersama oleh galeri Vietnam, Chau & Co Gallery.

Pengasas dan pemilik Maya Gallery, Encik Jeffrey Wandly, merupakan pengerusi pameran manakala Duta Besar Singapura ke Vietnam, Encik Jaya Ratnam sebagai tetamu terhormat.

Kurator pameran ialah Cik Vanessa Yeo.

Encik Jeffrey, 59 tahun, berkata pameran tersebut mengetengahkan luahan kreatif seniman Singapura dan Vietnam dalam mereka menterjemahkan budaya, gaya hidup, alam semula jadi dan persekitaran binaan di sekeliling menerusi kaca mata masing-masing.

“Menjangkau bahasa dan sempadan, seni berupaya membina hubungan yang bermakna.

“Pameran ini menjadi platform untuk menggalakkan pertukaran dan pemahaman budaya, satu pemangkin bagi kerjasama masa depan dalam seni dan budaya.

“Ia menggalakkan dialog, meraikan kepelbagaian budaya dan perkongsian pengalaman,” kata beliau dalam buku katalog pameran tersebut.

Dalam kata-kata aluannya pula, Encik Jaya Ratnam berkata sedang Singapura dan Vietnam memperingati hubungan dua hala selama 50 tahun, pameran tersebut memaparkan hubungan budaya yang kukuh antara kededua negara di bawah tema ‘Huu Nghi’.

Seramai 14 seniman mapan dan baru muncul dari Singapura dan Vietnam mengambil bahagian dalam pameran itu.

Mereka antara lain termasuk Encik Jeffrey sendiri; Masturah Sha’ari, juga pengasas dan pemilik Maya Gallery; Pham Thuy Tien; Vu Hoang; Hiroko Mita; Ruslan Vu; dan Terence Tan.

Ini bukan kali pertama Maya Gallery menganjurkan pameran bersama galeri lain di luar negara.

Sebelum ini, ia pernah mengadakan kerjasama dengan Core Gallery di Malaysia, X-Nihilo Gallery di Shanghai, dan Artomorrow di Bali.

Pameran ‘Huu Nghi’ pula merupakan susulan bagi pameran serupa pada 2018 yang diadakan bagi memperingati ulang tahun hubungan Singapura-Vietnam ke-45.

Disokong oleh Kedutaan Singapura di Hanoi dan Singapore Global Network, ia antara lain ditaja oleh SIA, Hotel Pan Pacific dan Anytime Fitness.

Encik Jeffrey menambah beliau gembira dapat mempersembahkan pameran tersebut.

“Sebagai pengerusi pameran, dianjurkan bersama oleh Maya Gallery (Singapura) dan Chau & Co Gallery (Vietnam), saya berbesar hati dapat menguruskan acara penting ini,” kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >