Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Medan selera 'tip top'

Dec 18, 2022 | 05:30 AM



Ruang yang luas, reka bentuk dalaman yang bertema, serta makanan yang 'insta-worthy'- semua di bawah satu bumbung.



Dengan beberapa pusat penjaja baru yang dibuka tahun ini, medan selera sekitar Singapura juga turut 'bersaing' dalam menarik pengunjung yang kembali makan di luar sebaik pandemik Covid-19 reda.



Kami senaraikan dua medan selera baru yang dibuka tahun ini:



JURASSIC NEST



Terletak di Supertree Grove di Taman di Pesisiran, 18 Marina Gardens Drive



Dibuka 11 pagi hingga 9.30 malam setiap hari



https://jurassicnest.com



Pengunjung berpeluang makan bersama dinosaur di medan selera yang terletak di Taman di Pesisiran ini.



Dibuka pada 18 November tahun ini, medan selera tersebut mampu menampung sekitar 500 pengunjung pada satu masa.



T-Rex yang terpacak di tengah-tengah air terjun setinggi tiga meter merupakan 'tarikan utama' medan selera itu, di samping brachiosaurus setinggi lima meter.



Dinosaur-dinosaur di medan selera tersebut 'hidup' dan mengaum setiap satu jam dari 12 tengah hari hingga 8 malam.



Selain tarikan tersebut, Jurassic Nest menempatkan tujuh gerai termasuk Bismillah Biryani dan Nasi Lemak Ayam Taliwang.



KOPITIAM FOOD HALL@JEM



Terletak di Tingkat 5 pusat beli-belah JEM, 50 Jurong Gateway



Dibuka 10 pagi hingga 10 malam setiap hari



www.kopitiam.biz



Selepas ditutup April lalu bagi menjalani kerja pembaikan semula, medan selera Cookhouse by Koufu di pusat beli belah JEM kini diberi nama baru, Kopitiam Food Hall.



Pengunjung juga kini berpeluang menikmati proses memesan makanan yang lebih mudah menggunakan aplikasi FairPrice 'Click and Collect' untuk melihat menu, memesan makanan dan membuat bayaran tanpa perlu ke kaunter.



Aplikasi tersebut juga akan menghantar notifikasi sebaik makanan yang dipesan siap.



Antara tarikan lain medan selera ini termasuk skrin yang memaparkan masa-masa tayangan filem bagi mereka yang ingin menonton wayang selepas makan di Cathay Cineplex, yang terletak dalam pusat beli- belah yang sama.



Medan selera itu memaparkan 26 gerai termasuk Abang Curry, Sedap Wok dan Riverside Indonesian BBQ.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >