Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

'Melancong' dalam negeri bersama anak-anak musim cuti sekolah

Acara tahunan 'Children's Season' tawarkan lebih 70 pameran menyeronokkan khusus bagi kanak-kanak di 22 muzium serata Singapura dari 18 Nov hingga 3 Jan 2021
Nov 23, 2020 | 05:30 AM



JIKA anda tidak boleh melancong ke luar negara sepanjang cuti sekolah ini, apa kata jadi pelancong di dalam negeri sahaja?



Mulakan perburuan fizikal dan bermain hide-n-seek di muzium yang berlainan di seluruh Singapura untuk mencari Ai, watak kartun yang "bersembunyi" di dalam galeri mereka.



Musim cuti sekolah ini, acara tahunan 'Children's Season' (Musim Kanak-Kanak) kembali tahun ini dengan menawarkan lebih 70 pameran menyeronokkan khusus bagi kanak-kanak di 22 muzium serata Singapura dari 18 November 2020 hingga 3 Januari 2021.



Dibentangkan bersama oleh Lembaga Warisan Negara (NHB) dan Muzium Meja Bulat (MR), Musim Kanak-kanak bertujuan memberikan pengalaman budaya dan pendidikan yang akan memberi inspirasi dan melibatkan golongan muda, dalam warisan kolektif Singapura.



Musim Kanak-kanak tahun ini akan memaparkan watak kartun Ai, seorang budak lelaki berusia enam tahun yang mengembara dunia dan berkongsi ikatan yang kuat dengan datuknya.



Menurut pencipta Ai, artis tempatan, Peter Draw, ini merupakan kali pertama beliau telah bekerjasama bersama NHB dan muzium MR untuk menghasilkan versi Ai yang mencerminkan keunikan setiap 22 muzium rakan kongsi.



"Bagi saya Musim Kanak-kanak ini agak penting kerana usaha yang dijalankan NHB dan muzium yang lain ini semua adalah untuk memelihara warisan dan budaya kita.



"Jika saya dapat mendorong lebih ramai kanak-kanak dan keluarga meluangkan masa di muzium di Singapura dengan Ai, ia akan membolehkan mereka menghargai sejarah kami untuk mencipta masa depan yang lebih baik untuk diri mereka sendiri dan semua orang di sekeliling mereka," kata beliau yang berusia 36 tahun.



Antara muzium yang ramai dapat mengunjungi termasuk Muzium Negara Singapura (NMS), Pusat Warisan Melayu (MHC), Institut Percetakan Tyler Singapore (STPI), Muzium Permata.



Jika tidak dapat pergi muzium-muzium ini secara fizikal, pengunjung juga boleh mencari Ai melalui permainan Ai Love Museums: Hide-N-Seek dalam talian atau melalui telefon bimbit.



Pengunjung dapat menavigasi gambar 360° panorama ruang muzium MR, untuk 'mencari harta karun' yang tersembunyi dan mendedahkan pakaian khas Ai untuk muzium tertentu.



Selain itu, ramai boleh menjangkakan program fizikal bagi kanak-kanak dari semua peringkat umur.



Membuka pintunya untuk pengunjung buat kali pertama sejak pemutus litar, pameran khas MHC, Urang Banjar: Warisan dan Budaya Banjar di Singapura, menawarkan kegiatan interaktif bagi pengunjung seperti Pemburuan Warisan dan bengkel untuk menjadi pelombong permata dan pemungumpul permata.



"Tahun ini merupakan kali pertama Musim Kanak-kanak bertepatan dengan pameran khas siri Se-Nusantara kami.



"Kami agak ghairah untuk menerima pengunjung secara fizikal semula. Saya berharap ramai dapat datang dan menikmati kegiatan yang kami akan sediakan sempena Musim Kanak-kanak tahun ini," kata Encik Jamal Mohamad, Pengurus Kanan Program, Taman Warisan Melayu.



Daripada 70 pameran yang ditawarkan secara keseluruhan tahun ini, lebih setengah daripada pameran yang ditawarkan adalah di wadah digital.



"Dengan sekatan sempadan dan cuti akhir tahun akan datang, kami menjangkakan permintaan yang tinggi untuk program mesra keluarga.



"Oleh itu, kami telah bekerjasama untuk menawarkan program pendidikan yang kreatif untuk terus mendekati dan melibatkan kanak-kanak secara fizikal," kata Timbalan Ketua Eksekutif bagi (Dasar dan Masyarakat) NHB, Encik Alvin Tan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >