Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

HIDAYAH

Membangun asatizah berwibawa, terlatih dan berdaya fikir menjangkau masa depan

Pelbagai usaha disedia untuk sokong pembangunan asatizah supaya masyarakat Islam
dapat jalani kehidupan, masa depan dengan penuh yakin
May 12, 2024 | 05:31 AM



Perkembangan semasa yang berlaku membawa pelbagai isu yang tidak dapat dijangka dan diramal. Ia merentas isu-isu sosio-agama, geopolitik, domestik serta antarabangsa.

Isu sensitif berkaitan simbol agama yang tular di negara jiran baru-baru ini boleh menjejas hubungan antara kaum jika tidak ditangani dengan cermat. Ditambah lagi dengan konflik peperangan yang sedang berlaku di Timur Tengah.

Ia memberi satu pengajaran berharga kepada kita tentang erti kedamaian, keharmonian dan perpaduan yang perlu dipupuk dan disemai kerana ia adalah satu anugerah yang amat berharga yang diperoleh daripada hasil usaha jerih payah masyarakat terdahulu yang lebih awal menempuh serta merasai sendiri tentang keperitan hidup sewaktu negara dilanda krisis ekonomi dan peperangan.

Dari perspektif positif, setiap krisis yang berlaku akan mewujudkan ruang dan peluang untuk mempertingkat keupayaan dan persediaan kepada yang lebih baik.

Namun, ia memerlukan kepimpinan yang berdaya fikir menjangkau masa depan, yang mampu memberi panduan serta menyediakan penyelesaian dan penyelesaian di luar kotak, dengan ia mampu untuk mengatasi isu yang bakal dihadapi dengan persiapan lebih awal supaya sesuatu krisis itu dapat dicegah.

Sebagai contoh, sewaktu Covid-19 mula berlaku di peringkat awal, kepimpinan agama dan Jawatankuasa Fatwa telah mengeluarkan Irsyad (panduan agama) agar semua kegiatan agama dijalankan perlu dipindahkan secara berperingkat ke platform dalam talian.

Malah, masjid-masjid juga telah diarahkan tutup. Ini bagi mengekang penularan wabak tersebut. Natijah daripada Irsyad tersebut dilihat sebagai usaha pemikiran masa depan, bukan sahaja dapat mengekang penularan virus tersebut, malah ia merupakan satu keputusan yang tepat dalam konteks tersebut.


Keputusan tersebut bukan sahaja telah mendapat pujian dalam kalangan ulama, malah telah mendapat anugerah Al-Qarafi daripada Universiti Al-Azhar, sebuah universiti yang cukup berprestij dalam pengajian agama.

Moga usaha memupuk daya berfikir menjangkau masa depan dapat diusahakan sebagai program latihan untuk para asatizah sebagai persediaan mereka memimpin masyarakat agar dapat memberi idea segar serta penyelesaian yang kreatif dalam mengatasi isu-isu agama yang lebih kompleks di masa mendatang.

MEMBANGUN POTENSI ASATIZAH
MASA DEPAN

Pepatah Melayu menyatakan melentur buluh biar dari rebungnya.


Persiapan membangunkan potensi asatizah bukan bermula dengan program-program Pendidikan Profesional Berterusan (CPE).

Pembangunan telah bermula sejurus para graduan lulusan agama selesai dalam pengajian mereka di peringkat universiti.

Program Sijil Possiswazah Islam Dalam Masyarakat Kontemporari (PCICS) ini memberi peluang kepada para graduan untuk memahami situasi perkembangan sosial masyarakat dalam konteks semasa.

Program ini mengambil pendekatan perbincangan akademik dan ilmiah dengan peserta digalakkan menzahirkan hujah mereka serta mencabar hujah yang diketengahkan oleh pensyarah berlandaskan ilmiah dan fakta dan bukan dengan emosi.

Latihan sebegini amat penting bagi mempertajamkan lagi minda mereka dalam perbincangan mencari penyelesaian terbaik dalam menangani isu-isu agama kontemporari. PCICS telah membentuk asatizah yang lebih yakin, yang memahami konteks

ASATIZAH BERTAULIAH

Berdasarkan kepada jumlah asatizah dan guru Al-Quran yang saya nyatakan, jika semua atau sebahagian daripada mereka dapat memainkan peranan kepimpinan agama dengan lebih giat dan aktif dalam memberi panduan serta berdakwah, saya yakin masyarakat Islam di negara ini akan terus berada di dalam ajaran Islam yang murni.

Bagi seluruh masyarakat Islam, saya menyeru agar terus mempertingkat diri serta keluarga dengan mempelajari ilmu agama daripada para asatizah yang bertauliah serta menjauhi daripada mengikuti ajaran agama yang meragukan serta mencurigakan.

Mereka perlu melaporkan perkara ini kepada Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) supaya ajaran yang menyimpang dapat dikekang dan dibanteras daripada terus berkembang dan berleluasa di negara ini.

Ada juga segelintir individu yang tidak berdaftar dengan ARS, namun masih terus aktif menyampaikan ceramah atau perbincangan agama secara terbuka mahupun dalam talian dan masih kekalkan status ustaz/ustazah pada nama mereka.

Pihak Lembaga Pengiktirafan Asatizah (ARB) amat prihatin dengan perkara ini, apatah lagi jika yang melakukan perkara tersebut bukan dalam kalangan asatizah muda.

Ini menunjukkan trend yang kurang sihat dan boleh menjejas kewibawaan Sistem Pengiktirafan Asatizah (ARS), apatah lagi jika didapati isi kandungan agama yang dibincangkan itu didapati cukup bermasalah.

Pihak ARB memandang serius akan perkara ini dan akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan peruntukkan undang-undang.

Hanya asatizah yang diberi pengiktirafan ARS sahaja yang layak menyampaikan kandungan agama kepada masyarakat.

Amanah menyampaikan ilmu agama dan dakwah bil hikmah wal mauizatil hasanah (dengan kebijaksanaan dan pengajaran yang baik) adalah suatu tanggungjawab besar yang akan dipersoalkan kelak.


Atas dasar itu, pihak ARB mahu dan akan terus memastikan masyarakat Islam Singapura sentiasa mendapat ilmu, panduan dan nasihat keagamaan daripada para ulama tersohor dan asatizah yang berilmu, berhemah tinggi, dipercayai dan diiktiraf.

PINDAAN AMLA DAN IMPAK KEPADA
GOLONGAN ASATIZAH

Sistem pengiktirafan ARS diwujudkan untuk menjaga kemurnian agama, kesucian dakwah dan menjaga kemaslahatan masyarakat Islam Singapura.

Mungkin ramai yang tidak tahu tentang “Ustaz Motor” dan “Ustaz Kahwin 10” sebelum wujudnya ARS.

Kes-kes ini sedikit sebanyak mencalit kewibawaan para asatizah.

Oleh yang demikian, ARS diperlukan untuk melestari dan mengembangkan ajaran dan dakwah Islam berjalan dengan baik dengan bimbingan para asatizah diiktiraf yang berilmu dan berakhlak mulia.

Dakwah dan pengajian Islam yang bermutu tinggi dapat dijalankan dengan baik; tidak kira sama ada melalui pengajian agama secara fizikal ataupun melalui media sosial.

Pada awal 2024, Parlimen telah meluluskan Pindaan Akta Pentadbiran Hukum Islam (Amla) Seksyen 87 berkaitan Sekolah-Sekolah Agama Islam.

Antara pindaan yang dibuat termasuk mendefinisikan semula sekolah agama Islam serta bidang kuasa pemeriksa yang memantau sekolah dan kelas agama, agar dapat merangkumi program serta kelas agama dalam talian.

Pindaan yang dilakukan ialah untuk memperkukuh pelaksanaan Seksyen 87 Amla bagi memastikan ajaran suci Islam terjaga dan berkembang sesuai dengan konteks semasa, di samping dapat memantau, membanteras dan membendung ajaran yang menyimpang, doktrin yang bermasalah serta ideologi melampau dan eksklusivisme daripada terus berleluasa.

Pindaan-pindaan Amla akan terus dilakukan untuk mengukuhkan lagi sistem ARS pada masa hadapan dan ARB/Muis akan sentiasa bersama dengan saf asatizah menjadi benteng agama ini.

Akhir kalam, semoga Majlis Sambutan Hari Raya Bersama Mufti kali ini dapat menyuntik semangat untuk menghayati ilmu dan mempertingkat mutu keilmuan dan kemahiran diri kita, serta berusaha mempertingkat akhlak Rabbani, serta dapat membudayakan pemikiran masa depan di dalam diri para asatizah sekalian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >