Bayar lebih? Tak kisah, asal ada pembantu rumah
Premium
Bayar lebih? Tak kisah, asal ada pembantu rumah
Jan 31, 2021 | 5:30 AM
Bayar lebih? Tak kisah, asal ada pembantu rumah
KHIDMAT TERUS DIPERLUKAN: Pemilik Hilwah Maid Agency Cik Nurhilwah (tengah) bersama pembantu rumah baru, (dari kiri) Cik Saurma, Cik Nida Harta, Cik Zaenab dan Cik Juliani. - Foto BM oleh KEVIN LIM -
PERMINTAAN bagi mendapatkan pembantu rumah masih kekal tinggi meskipun kos yang perlu ditampung majikan semakin meningkat kerana perlu membayar kos penginapan Jangan Keluar Rumah (SHN) dan ujian Covid-19 bagi pembantu rumah baru.
Menurut beberapa agensi yang ditemubual Berita Minggu (BM), para majikan secara amnya mahukan pembantu rumah baru untuk menjaga anak dan warga tua yang sakit dalam Fasa Ketiga dan lebih ramai yang perlu kembali ke tempat kerja.

