Premium
Mengenang jasa ayah yang derita demensia
Minggu lalu, Berita Minggu telah memaparkan pendekatan pemerintah dalam mengharungi cabaran pesakit demensia. Dalam laporan kelima siri mingguan tentang demensia ini, Berita Minggu mengetengahkan panduan tentang cara-cara menangani kehidupan dalam pandemik Covid-19 bagi pesakit demensia dan keluarga mereka. Wartawan BERITA MINGGU turut mengongsi pengalaman menjaga seorang pesakit demensia dalam keluarga.
Jun 6, 2021 | 5:30 AM
HIDAP DEMENSIA: Haji Mokhtar Jamaludin seorang pesara polis berusia 82 tahun, dikesan menghidap penyakit Alzheimer sejak tahun lalu dan kini menjalani rawatan di sebuah klinik memori di poliklinik berdekatan rumahnya. (Gambar kanan) Haji Mokhtar (kanan) bersama rakan sekerja semasa bertugas dalam pasukan Polis Trafik. - Foto-foto NAZRY MOKHTAR -
AYAH saya menghidap demensia.
Beliau, seorang pesara polis berusia 82 tahun, dikesan menghidap penyakit Alzheimer sejak tahun lalu dan kini menjalani rawatan di sebuah klinik memori di poliklinik berdekatan rumahnya.

