Premium
Beli juadah buka puasa melalui Bazaar Kita
Bazar digital DPPMS-WGS bekerjasama dengan Bungkus
May 2, 2021 | 5:30 AM
PASANGAN muda yang bekerja dan golongan wanita merupakan sebahagian besar pembeli makanan dalam talian untuk juadah berbuka puasa di Bazaar Kita, yang merupakan bazar digital yang cukup popular dalam bulan Ramadan ini.
Bazaar Kita dibentuk oleh Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) dan Wisma Geylang Serai (WGS) bagi membentuk bazar dalam talian memandangkan bazar fizikal tidak dibolehkan kerana wabak Covid-19.

