Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

KESIHATAN & PERUBATAN

Menua lebih selesa: Penjagaan di rumah pilihan terbaik

Oct 31, 2022 | 05:30 AM



PENDUDUK Singapura kini semakin berusia. Dianggarkan pada 2030, satu dalam empat orang akan berusia 65 tahun ke atas.



Yang menyedihkan, kadar kelahiran pula berada dalam trend yang menurun. Ini bermakna Singapura semakin kurang anak yang berupaya untuk menjaga ibu bapa mereka pada usia tua.



Lebih ramai penduduk warga emas pula terpaksa menjaga diri sendiri pada hari senja.



Sangat diharapkan agar penduduk emas meneruskan pekerjaan masing-masing dan sentiasa aktif agar dapat menampung kos kehidupan seharian dan mengurangkan risiko demensia.




RUMAH JAGAAN DITAMBAH



Kementerian Kesihatan (MOH) pula tidak berdiam diri dengan peningkatan angka warga emas.



MOH telah meningkatkan jumlah Rumah Jagaan daripada 69 pada 2016 kepada 77.



Antara 2010 dengan 2020, MOH telah meningkatkan kapasiti sebanyak 70 peratus kepada 16,200 katil daripada sekitar 9,600 katil.



Singapura juga mempunyai matlamat untuk memastikan bilangan pusat jagaan warga emas naik hampir seganda kepada 220 menjelang 2025 sedang MOH meluaskan skala dan skop khidmat di pusat-pusat sedemikian.



MOH merancang menambah seganda bilangan katil di rumah jagaan kepada lebih 31,000 dalam masa 10 tahun akan datang.




KELAYAKAN MENGINAP DI RUMAH JAGAAN



Kelayakan menginap di Rumah Jagaan bergantung kepada masalah kesihatan.



Ini seperti warga yang kurang daya upaya untuk bergerak; perlu pertolongan untuk berjalan; makan; minum; memakai pakaian; sukar untuk pergi ke bilik air; mempunyai masalah mental atau demensia dan tidak berupaya untuk dijaga di rumah atas sebab-sebab tertentu.



Golongan ini boleh menginap di Rumah Jagaan untuk masa yang lama dan mereka akan dijaga oleh sekumpulan ahli perubatan seperti jururawat dan pakar terapi untuk membantu mereka dari segi keperluan seharian dan perubatan.



Ada juga Rumah Jagaan yang ditubuhkan khas untuk pesakit demensia atau mereka yang menghadapi masalah kemurungan.



Rumah Jagaan juga ada yang menyediakan khidmat penjagaan sementara untuk membolehkan anggota keluarga keluar negara untuk bercuti bagi mereka yang menjaga warga emas di rumah masing-masing.



Khidmat penjagaan malam juga disediakan untuk membantu anggota keluarga berehat disebabkan pesakit yang selalu berbuat bising pada waktu malam dan mengganggu ketenteraman anggota keluarga semasa tidur.



Anda perlu mendapatkan bantuan kerana kemungkinan anda sendiri tidak dilengkapi dengan kemahiran dan pengetahuan untuk memberikan penjagaan yang terbaik kepada yang tersayang.



Lama kelamaan, keletihan fizikal, emosi, dan mental boleh menyebabkan lesu upaya (burnout).



Gejala lesu upaya atau burnout bukan sahaja memberi kesan buruk kepada kesihatan anda, malah juga mempengaruhi kualiti penjagaan yang diterima oleh orang yang tersayang.




PENJAGAAN DI RUMAH



Rumah Jagaan atau kemudahan penjagaan orang tua bukan satu-satunya pilihan untuk penuaan warga tua. 



Jika anda dan orang tersayang anda lebih suka menua dalam keselesaan rumah anda sendiri, terdapat khidmat yang menyediakan penjagaan rumah dan kejururawatan di depan pintu rumah anda.



Penduduk yang kurang upaya yang disebut tadi perlu digalakkan untuk dijaga di rumah dan bukan di Rumah Jagaan. 



Ini adalah kerana suasana rumah bersama anggota keluarga dapat memberikan keselesaan dan kemesraan. 



Mereka bebas bergerak, melakukan kerja rumah, melakukan riadah, keluar membeli barang dapur dan memasak di rumah jika boleh. 



Perkhidmatan penjagaan di rumah adalah pilihan yang terbaik agar orang yang anda sayang dapat menerima rawatan yang selesa dan selamat di kediaman anda sendiri.



Pihak Rumah Jagaan turut memberikan latihan untuk pengasuh; khidmat datang ke rumah dua hingga tiga kali seminggu; khidmat penjagaan siang hari (daycare) untuk membantu anggota keluarga menjaga mereka di rumah masing-masing.



Anggota keluarga juga boleh mendapatkan khidmat pembantu rumah untuk membantu menjaga anggota keluarga mereka yang sakit di rumah.



Pendekatan yang terbaik untuk menyiapkan diri untuk hari senja adalah dengan menanamkan sifat kasih sayang di antara anggota keluarga semasa kecil lagi supaya anggota keluarga akan dapat membantu menjaga satu sama lain dan menanamkan sifat mengutamakan penjagaan diri dari segi kesihatan. 



Dengan penjagaan di rumah, orang yang tersayang boleh mendapat perhatian yang tidak berbelah bagi.



Bagi memastikan anda kekal sihat, penyakit angin ahmar, demensia boleh dicegah jika pesakit mendengar nasihat doktor sebelum ia berlaku. 





Tekanan darah yang tinggi, darah gula yang tinggi disebabkan kencing manis, diet yang berlebihan, masalah kegemukan, merokok, tidak aktif dari segi fizikal dan mental boleh meninggikan risiko terkena angin ahmar dan demensia.





Pastikan anda dan semua anggota keluarga kekal sihat dan aktif.



  • Penulis ialah Doktor Keluarga, Banyan Clinic@JW.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >