Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Menyerlah semangat memberi masyarakat Melayu/Islam

May 02, 2021 | 05:30 AM



TANGAN yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima.



Masyarakat Melayu/Islam setempat berpegang teguh dengan pendirian tersebut, sekali gus menjadikan kita antara masyarakat yang dihormati dek semangat dermawan dan saling bantu membantu.



Semangat sedemikian lebih menyerlah lagi pada bulan suci Ramadan. 



Saban tahun, derma dan zakat, yang dikumpul badan-badan setempat meningkat - mencerminkan bukan sahaja sikap murah hati masyarakat malah keadaan kewangan Melayu/Islam yang semakin kukuh.



Sempena Ramadan ini dan dalam bulan-bulan mendatang, beberapa badan Melayu/Islam setempat terus mengharapkan sikap ihsan dan dermawan itu untuk menyokong pelbagai usaha, kegiatan dan program mereka. 



Jamiyah Singapura, pandemik bukan halangan berkhidmat untuk masyarakat





Ditubuhkan pada 1932, Jamiyah Singapura adalah antara pertubuhan Melayu/Islam mapan setempat yang berkhidmat demi membantu golongan kurang berkemampuan, tanpa mengira bangsa dan agama.  



Meskipun berdepan dengan cabaran pandemik Covid-19, Jamiyah tetap meneruskan kegiatannya untuk membantu golongan kurang bernasib baik. 



Sebagai contoh, Ramadan lalu, meskipun di tengah-tengah tempoh pemutus rantaian jangkitan,  Jamiyah telah mengagihkan lebih 3,830 set bento kepada penerima bantuannya di lima kawasan kejiranan sepanjang Ramadan, untuk dibuat juadah berbuka puasa.



Para penerima itu termasuk golongan ibu tunggal, golongan lanjut usia, mereka yang menghadapi kekurangan secara fisikal, keluarga kurang mampu dan yang tidak mempunyai sebarang pendapatan.



Pada tahun ini, Jamiyah akan mengagihkan hampir dua kali ganda kepada 6,650 set bento untuk 4,750 benefisiari.



Tahun lalu juga, Jamiyah mengagihkan habuan ‘Meat for Eid’ yang mengandungi barangan makanan untuk persiapan Hari Raya kepada 1,000 keluarga memerlukan.



Setiap pek habuan itu mengandungi lima kilogram beras; 2 kilogram daging; dua ekor ayam; prata beku dan pes rendang.



Untuk tahun ini, Jamiyah akan memberi agihan kepada 2,000 keluarga.



Di samping usaha sedemikian, program dakwah Jamiyah juga terus dikelolakan.



Misalnya, acara ‘Nuzul Quran’ telah dikelolakan secara dalam talian, dengan qari dan qariah masyhur dari luar negara dan Singapura telah dijemput untuk mempersembahkan bacaan Al-Quran.



Ramadan ini, Jamiyah akan mengadakan program ‘Project Happiness’ (Projek Bahagia) oleh penghuni Rumah Peralihan Jamiyah (Darul Islah).



‘Project Happiness’ merupakan satu projek yang memberi peluang kepada penghuni Darul Islah untuk menyumbang kepada masyarakat dengan membersihkan, mengecat dan memasang perabot dan peralatan elektrik baru di rumah seorang benefisiari yang akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.



Usaha Jamiyah untuk membantu golongan kurang bernasib baik, memerlukan sokongan masyarakat. 



Tunaikan dan salurkan pemberian zakat anda serta derma ikhlas kepada Jamiyah agar Jamiyah dapat terus menunaikan amanah untuk membantu dan menceriakan golongan yang berhak mendapat agihan zakat ini. 



Cara bayar Zakat dan  derma dalam talian:



  • Melalui laman Jamiyah: www.jamiyah.org.sg/donation-zakat/ (VISA, Mastercard, PayNow, Paypal)

  • Perbankan Internet: UOB 106-309-930-4

  • Pembayaran Zakat/Derma secara langsung ke Jamiyah:

  • Kunjungi Ibu Pejabat Jamiyah: 31 Lorong 12 Geylang, Singapura 399006

  • Hubungi talian 6743-1211 (Isnin – Jumaat, dari jam 9 pagi – 6 petang)

  • WhatsApp ke nombor 9115-1211

  • Cek: Kepada “Jamiyah Singapore”

  • Sumbangan derma secara bersambung:

  • GIRO: 9633-4630 (SMS/Whatsapp nama dan jumlah sumbangan).

Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM), tekad menyokong pelajar Melayu/Islam setempat





Daripada sebuah pertubuhan yang hanya mampu menyampaikan dermasiswa berjumlah $5,100 kepada 18 pelajar pada 1966, Lembaga Biasiswa Kenangan Maulid (LBKM) telah berkembang menjadi sebuah institusi dermasiswa penting setempat. 



Hari ini, LBKM menyampaikan dermasiswa bernilai lebih $1.6 juta kepada sekitar 1,500 pelajar pada setiap tahun. 



Melebihi pemberian dermasiswa, LBKM juga dihornati sebagai salah sebuah tunggak masyarakat Melayu/Islam setempat. Ia mempunyai lebih 22 persatuan Melayu/Islam sebagai anggota kerabat - mencerminkan sokongan meluas bagi misi LBKM menyokong pelajar kita. 



Persatuan ini sedar pentingnya pelajar diberi motivasi dan dorongan untuk memenuhi potensi penuh mereka dalam bidang pendidikan, dan pada masa yang sama, menerusi sokongan yang diterima itu membangunkan sikap prihatin dan peduli kepada anggota masyarakat yang memerlukan setelah mereka tamat pengajian kelak.



Saban tahun, senarai skim bantuan kewangan yang disediakan LBKM semakin meningkat. Antaranya, LBKM menawarkan:



  • Dermasiswa bagi pelajar sekular dari peringkat menengah hingga pos-siswazah.

  • Dermasiswa bagi pelajar ukhrawi dari peringkat darjah hingga pos-siswazah.

  • Dermasiswa bagi pelajar yang mengikuti program ijazah separuh-masa.

  • Biasiswa bernilai $10,000 bagi kepada para mahasiswa di universiti luar negara berprestij

  • Biasiswa $15,000 bagi pelajar pos-siswazah

  • Biasiswa bagi pelajar dalam bidang-bidang khusus seperti Kerja Sosial

Untuk meneruskan usaha LBKM membantu pelajar Melayu/Islam dari segi kewangan, pertubuhan tersebut memerlukan derma, sumbangan dan zakat dari anda yang boleh disampaikan menerusi khidmat berikut.



Menerusi derma dalam talian di www.giving.sg/lbkm atau PayNow ke UEN S66SS0027A. 



Orang ramai juga boleh memilih melakukan ke pemindahan bank ke akuan DBS Autosave (Nombor akaun:  017-903045-5), menerusi cek ke LBKM (kirimkan cek ke alamat: 448 Changi Road #04-01 Wisma Indah Singapore 419975.) atau menerusi Giro.



Untuk maklumat lanjut, kunjungi http://lbkm.org.sg/support-us/make-a-donation/



Masjid Bencoolen: Meski tercabar dek pandemik, khidmat untuk jemaah, masyarakat diterus





Kesan pandemik Covid-19 begitu meluas. 



Daripada individu hinggalah ke keluarga, pekerja dan syarikat.



Masjid-masjid setempat juga tidak terkecuali.



Dengan jumlah jemaah yang berkurangan selain keterbatasan menganjurkan program dan kegiatan secara fizikal, Masjid Bencoolen telah melihat sumbangan yang diterima daripada masyarakat merosot sejak pandemik itu menular. 



Meskipun demikian, program dan kegiatan masjid tetap diadakan bagi memenuhi keperluan kerohanian jemaah.



Sebagai contoh pembahagian bubur, solat tarawih, qiamullail, bertadarus dan program untuk jemaah yang kurang berkemampuan diteruskan Ramadan ini.



Selain menampung keperluan program dan kegiatan, masjid yang terletak di Bencoolen Street itu, yang asalnya dibina pada 1845 sebelum dibangun semula pada 2001, kini sedang menjalani kerja-kerja peningkatan.



Pengerusi Masjid Bencoolen, Encik Mohamed Rafeeq Mohamed Yusoof, berkata masjid tersebut masih memerlukan $1..4 juta bagi keperluan peningkatan dan pengubahsuaian masjid.



“Semoga masyarakat Islam terus membantu menyumbangkan dana agar kerja-kerja peningkatan dapat dijalankan dengan lebih lancar lagi,” ujar Encik Mohamed Rafeq. 



Derma dan sumbangan boleh dibuat menerusi pemindahan wang ke akaun bank OCBC: 506-010925-001 atau lungsuri https://masjidbencoolen.org/donate.



Untuk urusan sumbangan melalui pembayaran cek, sila hantar cek dengan menyertakan nama ‘Masjid Bencoolen’ dan hantar kepada alamat berikut iaitu 51 Bencoolen Street, #01-01, Singapore 189630.



Hubungi talian 6333-3016 untuk sebarang maklumat lanjut dan layari Facebook@Masjid.bencoolen atau Youtube@masjidbencoolenTV.



Persatuan Muhammadiyah: Hulur rahmah kepada semua warga





Ditubuhkan pada tahun 1957, Persatuan Muhammadiyah bermula sebagai sebuah badan keagamaan.



Sedang ia terus memperjuangkan misi dan visi awalnya itu hingga ke hari ini, persatuan tersebut turut menghulurkan tangan rahmahnya kepada warga Singapura secara amnya.



Malah, tahun ini, Persatuan Muhammadiyah telah melakar pelan untuk meluaskan khidmat yang ditawarkan bukan hanya kepada warga Islam, malah warga Singapura pelbagai agama. 



Antara lain, persatuan itu akan memperluas cakupan pengagihan bantuan ke kawasan barat dan tidak terhad kepada kawasan timur Singapura saja.



Kawasan timur menempatkan pelbagai pusat Muhammadiyah seperti Rumah Kebajikan Muhammadiyah (RKM) di Bedok North Street 3 dan Pusat Kesihatan dan Jagaan Siang Muhammadiyah (MHCC) di Eunos Crescent.



Di samping itu, mereka mahu memanfaatkan daya tenaga belia untuk melaksanakan pelbagai acara dan mendekati kelompok tertentu secara lebih teliti.



Muhammadiyah akan mengagihkan Zakat yang diterima kepada semua 8 asnaf melalui program-program dan khidmat Dakwah, Pendidikan dan Kebajikan. Setiap tahun, usaha-usaha kami bersama dapat memberi manfaat kepada lebih daripada 10,000 individu secara purata.



Dengan sokongan masyarakat, program-program dan institusi-institusi di bawah naungan Persatuan Muhammadiyah dapat memberi manfaat dan impak kepada mereka yang memerlukan.



Sempurnakan Zakat anda bulan Ramadan ini bersama Muhammadiyah.



Dengan Berzakat, Bertambah Berkat, Bertambah Rahmat.



Cara menderma dan bayar zakat bagi 



  • Tunai/NETS/Cek

Di Pusat Muhammadiyah, 14 Jalan Selamat, S(418534)



Isnin - Sabtu: 9.30 pg - 9.30 mlm



Ahad: 5.30 ptg - 9.30 mlm



Di Kurnia@WGS, Lantai 3 Wisma Geylang Serai



Isnin - Jumaat: 10 pg - 6 ptg



Imbas kod QR ini dengan aplikasi bank anda atau kirimkan ke nombor UEN: S58SS0020C



Isikan Zakat/Fidyah/Infaq_HP di ‘Reference Code’ dan hantarkan ‘screenshot’ melalui WhatsApp 8408 4326



  • Cek berpangkah 

Dikirim kepada MUHAMMADIYAH ASSOCIATION dan tuliskan Nama, No. Telefon serta ‘Zakat’ di belakang cek. Hantarkan ke Persatuan Muhammadiyah, 14 Jalan Selamat, S(418534).



  • Kutipan dari rumah

Hubungi kami di 6242 7388 atau WhatsApp 8408 4326 untuk membuat temujanji. Kami terima wang tunai dan NETS.




  • Pemindahan bank



Ke DBS A/C NO:017-005202-0. Isikan  Zakat/Fidyah/Infaq_HP  di dalam ‘Remarks’. Hantarkan screenshot ke WhatsApp 8408 4326



Rumah Kebajikan Muhammadiyah (RKM): Membantu kanak-kanak mulakan hidup baru





Rumah Kebajikan Muhammadiyah (RKM) adalah sebuah rumah tumpangan yang menyediakan tempat berteduh dan perlindungan bagi kanak-kanak lelaki berusia antara 10 dengan 19 tahun.



RKM dilantik Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), dan diwartakan di bawah Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda, untuk memberi penjagaan kepada kanak-kanak lelaki yang terbiar, mangsa penderaan atau tidak mempunyai tempat tinggal. 



Kanak-kanak yang melakukan kesalahan undang-undang, dan mereka yang tidak dapat dikawal ibu bapa juga mendapat penjagaan di RKM. 



Kanak-kanak ini dirujuk ke RKM, sebuah badan di bawah naungan Persatuan Muhammadiyah, oleh MSF, mahkamah dan lain-lain agensi sosial. 



RKM ditubuhkan pada Disember 1989 apabila pemerintah mengambil keputusan menutup Rumah Tumpangan Kanak-Kanak Katong dan tiga lagi rumah tumpangan kanak-kanak. 



Persatuan Muhammadiyah tampil bagi mengambil alih pengurusan Rumah Tumpangan Kanak-Kanak Katong, yang sebelum ini dikendalikan pemerintah. 



Melebihi sebuah rumah tumpangan, sepanjang lebih dua dekad, RKM juga telah berperanan sebagai ejen perubahan dalam membantu para penghuninya untuk mengatasi isu-isu kehidupan dan keluarga. 



Malah, RKM juga memberi tumpuan kepada membangunkan penghuni berjiwa masyarakat dengan menekankan peri penting menyumbang semula kepada masyarakat yang telah banyak menyumbang kepada proses pemulihan dan perlindungan mereka.  



RKM bakal berpindah dari lokasi Bedok North ke 101 Pasir Ris Road 18 Jun ini.



Rumah baru RKM akan dilengkapi dengan teknologi digital, termasuk ‘Pengawal Maya’.



Penghuni juga akan dijaga di bawah model penjagaan baru yang menggalak kehidupan suasana berkeluarga. 



Ini bertujuan melengkapkan serta mempersiap diri mereka untuk menempuhi kehidupan selepas meninggalkan RKM.



Hulurkan derma bagi RKM



Bagi membantu RKM meneruskan usaha menyediakan persekitaran selamat dan penjagaan yang baik bagi memperkasa belia untuk mengharungi liku-liku kehidupan, anda boleh menyumbang melalui:



  • Cek atas nama MWH dan kirim kepada alamat 58 Bedok North St 3, Singapura 469624

  • Pemindahan dana melalui bank DBS Autosave 017-010046-7

  • Paynow ke UEN S58SS0020CMWH 

  • ​Kunjungi laman https://www.giving.sg/ muhammadiyah-welfare-home




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >