Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

INDAHNYA RAMADAN

Meski jauh dari keluarga remaja penghuni RKM tetap ceria sambut Ramadan

Ketibaan bulan Ramadan- terutama sekali sambutan Ramadan yang tidak 'tersekat' dek Covid-19- amat dialu-alukan masyarakat Islam seluruh dunia. Ia juga diraikan dengan pelbagai amalan dan tradisi oleh masyarakat Melayu Islam di sini. BERITA MINGGU meninjau kemeriahan sambutan Ramadan tahun ini.
Apr 02, 2023 | 05:30 AM



TATKALA ramai yang gembira dapat menyambut Ramadan di samping keluarga tercinta, Alif dan Halim (bukan nama sebenar mereka) hanya mampu menahan rindu teringat akan detik-detik jalinan mesra bersama keluarga.



Halim, 14 tahun, amat rindu suasana berpuasa bersama neneknya di rumah.



Alif, 17 tahun, pula merindukan nenek, datuk dan adik-beradiknya.



"Dulu saya selalu temankan nenek apabila berbuka. Nenek suka masak rendang yang sangat sedap," ujar Alif.



Bagaimanapun, meski berjauhan dari keluarga masing-masing, Ramadan bagi dua remaja ini yang merupakan penghuni Rumah Kebajikan Muhammadiyah (RKM) tetap meriah di samping rakan-rakan mereka.



Mereka dapat beribadah bersama, melakukan pelbagai kegiatan dan menikmati juadah buka puasa yang enak.



Antaranya, RKM menerima sumbangan buka puasa dari para penderma seperti McDonald's, nasi lemak dan nasi jagung dengan rendang.



"Hari-hari menu buka dia lain dan sedap-sedap! Penderma amat murah hati," kata Halim.



Ketua RKM, Cik Rahmatunnisa Abdul Majeed, berkata pelbagai kegiatan disediakan untuk penghuni RKM sepanjang Ramadan dan juga pada Hari Raya nanti.



Ini seperti bengkel azan, kuiz agama, siaran dokumentari mengenai Ramadan, dan cabaran hafalan doa dan surah.



Penghuni rumah itu juga dibawa ke masjid untuk beribadah sekurang-kurangnya sekali sehari bagi mendekatkan diri mereka kepada masyarakat dan rasa selesa untuk pergi sendiri apabila keluar dari RKM kelak.



Mereka juga berpeluang menyumbang kembali kepada masyarakat, seperti yang dilakukan Alif.



Ini seperti melakukan kerja sukarelawan dengan badan akar umbi Pasir Ris di bawah program Giving Back untuk membantu mengagihkan makanan dan di ibu pejabat Persatuan Muhammadiyah untuk menyiapkan buka puasa untuk jemaah.



Setiap malam, penghuni rumah itu bergilir-gilir menjadi imam untuk solat tarawih.



"Kita galak satu sama lain di RKM. Saya rasa gembira sebab ada kakitangan, ada kawan-kawan di sini," kata Halim.



Selain perlu berjauhan dengan keluarga, Alif dan Halim juga menghadapi cabaran lain semasa Ramadan kali ini.



Bagi Halim, amalan berpuasa dalam bulan suci sebelum ini dilakukan sekali-sekala, dan oleh itu, untuk berpuasa selama sehari adalah amat sukar untuk dirinya.



Sementara itu, Alif pula berkata beliau tidak pernah berpuasa sebelum ini.



Cik Rahmatunnisa berkata dalam usaha membantu penghuni yang tidak biasa berpuasa, RKM berkongsi ilmu dan memberi sokongan kepada mereka supaya dapat bertahan dan meneruskan ibadah berpuasa sepanjang Ramadan ini.



"Kami ambil peluang untuk mereka menjiwai semangat bulan Ramadan dan terus belajar untuk menjadi seorang yang lebih baik," kata beliau.



Alif dan Halim melahirkan harapan dapat berjumpa dengan nenek tersayang masing-masing pada Hari Raya nanti.



Untuk menghidupkan suasana ceria Hari Raya di RKM nanti, Cik Rahmatunnisa berkata mereka merancang mengadakan program Ewah Ewah Raya bagi penghuni bermain bunga api dan menyediakan makanan istimewa seperti ketupat, rendang dan sate pada malam dan pagi Hari Raya.



"Bagi mereka yang telah berjauhan dengan keluarga, ini peluang mereka untuk meluangkan masa bermutu (bersama keluarga) pada Hari Raya.



"Bagi mereka tanpa keluarga atau waris, kami mahu mereka tahu bahawa RKM adalah keluarga anda. Kami berada di sini untuk anda selalu," kata beliau. - IRMA KAMARUDIN




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >