Rencana
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

MHPA anjur webinar sesuaikan diri dengan Covid-19

Nov 16, 2021 | 5:30 AM
KONGSI PENGETAHUAN DAN PENGALAMAN: (Dari kiri) Encik Abdul Qayyum Abdul Razak, Ustazah Nurhannah Irwan, Encik Hisham Musa, Dr Syed Harun Alhabsyi, Dr Elly Sabrina dan Dr Zainol Muttakin, anggota panelis webinar 'Covid-19: Apa Kesudahannya'. - Foto-foto MHPA
KONGSI PENGETAHUAN DAN PENGALAMAN: (Dari kiri) Encik Abdul Qayyum Abdul Razak, Ustazah Nurhannah Irwan, Encik Hisham Musa, Dr Syed Harun Alhabsyi, Dr Elly Sabrina dan Dr Zainol Muttakin, anggota panelis webinar 'Covid-19: Apa Kesudahannya'. - Foto-foto MHPA -

MEMPERSIAPKAN masyarakat Melayu/Islam dalam menyesuaikan diri untuk hidup bersama Covid-19.

Pada masa sama, meningkatkan kesedaran tentang pentingnya mengekalkan dan meningkatkan tahap kesihatan masing-masing semasa pandemik ini.

Itulah antara matlamat sebuah webinar kesihatan yang akan dianjurkan oleh Persatuan Karyawan Penjagaan Kesihatan Islam (MHPA).

Ia bertajuk 'Covid-19: Apa Kesudahannya' dan akan diadakan pada 20 November.

Webinar itu sebahagian daripada inisiatif MHPAnya untuk mempersiap masyarakat dalam mendakapi perubahan baru dalam dunia pascapandemik Covid-19.

Ia akan menyelami isu-isu berkaitan kesihatan sedang pandemik ini terus menjejas kehidupan individu segenap peringkat umur.

Malah, kesan Covid-19 ke atas kanak-kanak dan kesihatan mental juga bakal disentuh.

Webinar ini menjadi wadah untuk hadirin berinteraksi dengan profesional penjagaan kesihatan dalam usaha memperluas jangkauan mendekati masyrakat.

Anggota jawatankuasa webinar Covid-19 itu, Dr Muhammad Ilman Mohd Adil, berkata setelah hampir dua tahun Covid-19 menukar, ia telah menjejas cara hidup dengan mendadak, selain meragut jutaan nyawa di seluruh dunia.

Beliau, yang juga anggota jawatankuasa eksekutif MHPA, berkata ramai individu masih cuba menyesuaikan diri dengan norma-norma baru ini dan ada berasa amat tertekan akibat sekatan sosial.

"Webinar ini antara lain bertujuan mengurangkan rasa sangsi yang mungkin wujud dalam kalangan orang ramai, di samping menyediakan peluang bagi pakar berkongsi fakta-fakta mengenai Covid-19," ujar beliau.

Melalui webinar ini, orang ramai juga berpeluang mengajukan soalan berhubung Covid-19 kepada panelis dalam bidang perubatan dan pakar dalam bidang lain.

Anggota panelis pakar perubatan webinar itu ialah Dr Elly Sabrina, doktor keluarga di Banyan Clinic; Dr Zainol Muttakin, pakar pediatrik The Cheery Child Clinic; dan Dr Syed Harun Alhabsyi, pakar psikiatri, Institut Kesihatan Mental (IMH).

Panelis bekas pesakit Covid-19, Encik Abdul Qayyum Abdul Razak, akan berkongsi pengalamannya sebagai jururawat yang mengharungi detik sukar dan kekuatan diri semasa dijangkiti.

Bagi yang ingin meningkatkan kecergasan tubuh, anda boleh menyertai sesi senaman di penghujung acara webinar bersama jurulatih kesihatan daripada GuruFitness.com, Encik Hisham Musa.

Ketua Unit Penyelidikan Di Pejabat Mufti, Ustazah Nurhannah Irwan, akan bercakap mengenai topik 'Pengajaran daripada Covid-19 daripada Perspektif Islam'.

Tetamu terhormat webinar itu ialah Setiausaha Parlimen (Kementerian Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam.

Webinar ini turut disokong Berita Harian dan Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra).

WEBINAR KESIHATAN: COVID-19: APA KESUDAHANNYA

Tarikh: Sabtu, 20 November 2021

Waktu: 2 - 5 petang

Pendaftaran dan zoom: https://tinyurl.com/registermhpa

Facebook live:

https://tinyurl.com/2021mhpa Muslim Healthcare Professionals Association

Tetamu kehormat: Setiausaha Parlimen (Kementerian Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam

Moderator:

Dr Juriyah Yatim, ahli jawatankuasa eksekutif MHPA

Anggota Panel:

Encik Abdul Qayyum Abdul Razak, bekas pesakit Covid-19

Dr Elly Sabrina, doktor keluarga Banyan Clinic

Dr Zainol Muttakin, pakar pediatrik The Cheery Child Clinic

Dr Syed Harun Alhabsyi, pakar psikiatri, Institut Kesihatan Mental (IMH)

Encik Hisham Musa, jurulatih kesihatan di GuruFitness.com

Ustazah Nurhannah Irwan, Ketua Unit Penyelidikan Di Pejabat Muis

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg